• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

oleh Mohd Arshad
28/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam yang dijadual bermula esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menjelaskan keputusan mengadakan program sedemikian patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kedendaman dan keganasan.

“Kami difahamkan tujuan KPM untuk mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi, hak asasi manusia dan keprihatinan terhadap penderitaan.

“Namun adalah sukar bagi KPM untuk memantau program Solidariti Palestin itu mencapai matlamatnya tanpa menyebar rasa kedendaman dan keganasan,” katanya.

Selain Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, kenyataan bersama itu juga turut disertai Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man; ADUN Kebun Bunga, Lee Boon Heng; ADUN Rawang, Chua Wei Kiat; ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

Selain itu, ADUN Chuah, Yew Boon Lye; ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik; ADUN Kajang, David Cheong Kian Yong; ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern serta ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai.

Mengulas lanjut, mereka juga memohon KPM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi garis panduan KPM serta memprovokasikan keganasan dengan senjata mainan di sekolah.

“Kami juga beranggapan bahawa tindakan membawa isu konflik antarabangsa ke sekolah adalah tidak wajar dan harus dikaji semula.

“Kerajaan dan rakyat kita perlu mengekalkan akal fikiran yang rasional sementara menyokong perjuangan Palestin dan jangan sesekali menbangkitkan isu kedendaman dan keganasan dalam institusi awam,” katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam memaklumkan program membabitkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, program berkenaan juga tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dijadual bermula esok hingga 3 November ini.

-Berita Harian

Tags: adun pkrAhli Parlimenkaji semulaKPMProgram Solidariti Palestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKPS 2.0 – Tanda Timbang Rasa Kerajaan Dan HASiL Kepada Pembayar Cukai

Next Post

Kematian Dalam Lokap Balai Polis Sungai Besar Tiada Unsur Jenayah – Polis

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Kematian Dalam Lokap Balai Polis Sungai Besar Tiada Unsur Jenayah – Polis

Kematian Dalam Lokap Balai Polis Sungai Besar Tiada Unsur Jenayah - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd