• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

oleh Mohd Arshad
22/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang memetik sumber tentera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pengangkutan berkata, penerbangan dialihkan ke Latakia.

Ini adalah kali kedua serangan secara serentak dilakukan sejak konflik antara Israel dan Palestin melanda bulan ini.

“Sekitar jam 5:25 pagi (waktu tempatan), musuh Israel melakukan… serangan udara… mensasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo sehingga membawa kepada kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta seorang lagi tercedera,” kata sumber tentera dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negara SANA.

“Kerosakan pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat digunakan,” menurut kenyataan itu.

Sumber tentera berkata, serangan serentak itu datang dari arah barat Mediterranean Latakia dan dari arah Golan Syria yang diduduki.

Hujung minggu lalu, serangan Israel menyasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga mencederakan lima orang serta operasinya terpaksa dihentikan, lapor seorang pemantau perang.

Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas jirannya di utara, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.

Israel jarang mengulas mengenai serangan individu yang dilakukannya ke atas Syria, tetapi ia berulang kali berkata, ia tidak akan membenarkan musuh ketatnya Iran yang menyokong kerajaan Presiden Bashar al-Assad, meluaskan kehadirannya di sana.

BHonline-

Tags: Israellapangan terbangSyria
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd