• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Dapat Pasport Sementara Melalui Proses Mahkamah’ – Syed Saddiq

oleh AK-47
06/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Saya Dapat Pasport Sementara Melalui Proses Mahkamah’ – Syed Saddiq
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan situasi beliau menerima pasport sementara itu berbeza dengan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila pasukan pendakwaan dan Pejabat Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding tersebut.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Syed Saddiq berkata, ketika memohon pasport sementara, pihak Peguam Negara membantah dan beliau melalui peguam perlu berhujah di mahkamah.

“Saya dapat pasport sementara melalui proses mahkamah.

“Alhamdulillah, ya hakim percaya kepada hujah kami dan pasport dipulangkan. Itu barulah keputusan mahkamah,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri forum kepimpinan belia di Indonesia pada Selasa.

Dalam pada itu, ujar Syed Saddiq, bagi kes Ahmad Zahid pula, ia sudah berjalan empat tahun kerana ditangguhkan beberapa kali selain melibatkan 100 saksi dipanggil dan beribu muka surat bukti dokumentasi telah dibentangkan.

“Dah sampai ke peringkat terakhir sebelum keputusan kes tiba tiba, satu per satu ‘keajaiban’ berlaku.

“Terus kes digugurkan. Bukan mahkamah atau hakim yang putuskan. Lantikan peguam kerajaan baharu yang putuskan,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah ditipu dengan mereka yang gila kuasa.

“Dulu kata lain, kini buat lain. Tangan kiri lawan rasuah, tangan kanan menormalisasikan rasuah. Masa depan negara kita digadaikan demi nafsu kuasa,” ulasnya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

-Sinar Harian

Tags: Pasport SementaraProses MahkamahSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah: Wan Saiful Dapat Pasport Untuk Ke Jepun

Next Post

Kelantan Hadiahkan Banglo Kepada Qari Juara Tilawah

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post
Kelantan Hadiahkan Banglo Kepada Qari Juara Tilawah

Kelantan Hadiahkan Banglo Kepada Qari Juara Tilawah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd