• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Perlu Perjelas Punca Henti Prosiding Bela Diri Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
05/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peguam Negara Perlu Perjelas Punca Henti Prosiding Bela Diri Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Peguam Negara wajib memberi penjelasan penuh mengenai keputusan pendakwa raya memberhentikan prosiding bela diri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata masyarakat perlu diberi penjelasan bahawa keputusan yang dibuat itu adalah keputusan oleh pasukan pendakwaan dan bukan keputusan mahkamah.

Beliau berkata, apabila Pejabat Peguam Negara atau Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan mengikut Perkara 145, ia adalah budi bicara mutlak Peguam Negara.

“Mahkamah tidak boleh menghalang atau menekan pendakwa raya untuk meneruskan mana-mana perbicaraan berlawanan dengan hasrat Peguam Negara.

“Tetapi apabila Peguam Negara membuat permohonan untuk menggugurkan kes, memandangkan kes itu berada di mahkamah, nescaya mesti dituruti dengan perintah mahkamah.

“Di situlah mahkamah perlu membuat keputusan sama ada seperti yang dipohon untuk menggugurkan kes dengan perintah pelepasan tanpa pembebasan seperti yang dipohon oleh pendakwa raya ataupun perintah pelepasan dan pembebasan seperti yang dipohon dan dihujahkan oleh pasukan peguam Ahmad Zahid,” katanya menerusi video yang dikongsi di Facebooknya.

Haniff Khatri berkata, sekiranya tertuduh dibebaskan maka tidak ada pertuduhan lanjut boleh dibawa terhadap mana-mana tertuduh atas fakta dan pertuduhan yang sama pada bila-bila masa akan datang.

“Kalau dilepaskan sahaja seperti yang diperintahkan itu, maka Pendakwa Raya boleh membawa kes semula jika mereka berpendapat mahu di masa akan datang atas fakta dan pertuduhan yang sama atau lebih kurang sama.

“Jadi, janganlah rakyat menuding jari atau membuat tohmahan bahawa mahkamah yang melepaskan Ahmad Zahid, yang melepaskan Ahmad Zahid adalah Pendakwa Raya, Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Mengulas tindakan pasukan pendakwaan memberhentikan prosiding, Mohamed Haniff berpandangan pasukan pendakwaan perlu memberi sebab mengapa mereka memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.

“Peguam Negara wajib beri sebab kenapa ditarik balik, kerana pertama, tidak ada tanggungjawab undang-undang untuk tarik balik di tahap pendakwaan yang lewat.

“Kedua, mahkamah sudah buat penemuan ada kes prima facie dan ketiga, kalau mahu tuduh semula, perlu dilakukan daripada tahap awal.. apakah gunanya? Pendakwa Raya perlu memanggil semua saksi mereka dan beri keterangan semula,” katanya.

Mohamed Haniff menegaskan, pandangan peribadi berkait keputusan itu tiada kaitan dengan Ahmad Zahid, sebaliknya berkaitan sistem tadbir urus undang-undang jenayah yang di bawah seliaan kawalan dan tadbiran Pejabat Peguam Negara.

BHonline-

Tags: Ahmad ZahidPeguam Negaraprosiding
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

20/02/2026
0

Oleh Mynewshub Ekonomi rakyat tak berapa elok.. ada hidup kais pagi makan petang. Kerja siang malam, tapi hujung bulan tetap...

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd