• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan Kepada Pekerjaan Menawarkan Gaji Lebih Tinggi – FMM

oleh Mohd Arshad
03/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan Kepada Pekerjaan Menawarkan Gaji Lebih Tinggi – FMM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 perlu diterjemahkan kepada pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi dan pada masa sama membuka lebih banyak akses pasaran kepada pengilang tempatan termasuk pasaran yang menetapkan keperluan kepada produk dan perkhidmatan yang mematuhi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

FMM dalam satu kenyataan berkata, dengan bersandarkan pelaksanaan ekosistem yang holistik, tentu sahaja akan menambah daya tarikan Malaysia kepada pelabur asing dan domestik, terutamanya bagi segmen berpandukan teknologi tinggi dan inovasi.

“NIMP 2030 juga akan menumpukan perhatian kepada beberapa bidang kritikal ke arah menyokong transformasi ekonomi ke tahap perindustrian yang lebih tinggi,” katanya.

Pelan induk itu juga berperanan penting dalam menyokong kerangka Ekonomi MADANI dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, antaranya sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di tangga antara 30 teratas ekonomi terbesar dunia dan 12 teratas bagi daya saing global.

Beliau berkata, NIMP 2030 akan menawarkan ekosistem yang sesuai bagi menyokong ekonomi dalam transformasinya sebagai sebuah negara perindustrian berteknologi tinggi, ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya, pendekatan berasaskan misi dalam NIMP 2030 yang menggalakkan kompleksiti ekonomi lebih tinggi, memanfaatkan teknologi dengan agresif serta diperkuatkan dengan prinsip kemampanan dan keterangkuman, adalah penting pada masa ini untuk mendorong Malaysia ke tahap perindustrian dan pertumbuhan selanjutnya.

“Pelan induk ini tertumpu dalam menggerakkan sektor pembuatan kita terhadap rantaian nilai kepada lebih banyak produk berteknologi tinggi, nilai tambahan tinggi dan kompleks serta membangunkan kemampuan teknologi negara, yang akan berperanan penting menyokong ekonomi pembuatan berteknologi tinggi.

“Ini kemudiannya akan menyediakan peluang pekerjaan lebih baik kepada rakyat Malaysia termasuk golongan belia, dan pada masa sama membangunkan tenaga kerja dari segi kemahiran dan ilmu sebagai memenuhi keperluan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi untuk menyokong produk dan perkhidmatan lebih kompleks dan berteknologi tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, MIDF Research menjangka nisbah nilai tambahan sektor pembuatan Malaysia akan meningkat dengan sokongan penyetempatan input yang lebih luas, penerimagunaan pendekatan berintensifkan modal, melibatkan diri dalam pengeluaran atasan sektor teknologi dan perhatian yang lebih tinggi dalam aktiviti hiliran produk berasaskan komoditi.

“Berbanding dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) (dilancarkan pada 2006), NIMP 2030 melaksanakan satu lagi pendekatan transformasi, beralih daripada pendekatan berasaskan sektor kepada pendekatan berasaskan misi.,

“Pendekatan ini menggariskan pelan tindakan bersasar dan terarah di seluruh sektor, yang dikenali sebagai strategi horizontal, berbanding memberikan tumpuan kepada pelan tindakan vertikal bagi sektor individu,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) pula berharap untuk meneruskan kerjasama dan perkongsian aktifnya dengan kerajaan Malaysia dan berperanan seiring dengan empat misi utama NIMP 2030.

“AMCHAM percaya bahawa pembabitan dalam rundingan tetap bersama-sama pihak berkepentingan bagi menangani cabaran pelaksanaan akan menggalakkan perbincangan dalam kalangan syarikat/pelabur Amerika Syarikat dan pembuat keputusan kerajaan untuk mengenal pasti laluan terbaik menuju pelaburan mampan dan mengutamakan ESG demi memastikan kejayaan pelaksanaan pelan induk ini.

“Tadbir urus yang berhemat dalam meneliti dan melaksanakan pembaharuan serta projek yang dinyatakan serta mengekalkan komunikasi yang berkesan dengan pihak berkepentingan menerusi kajian semula berkala terhadap pencapaian penting, akan turut membantu menjayakan pelaksanaannya,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat melancarkan NIMP 2030, satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan untuk mentransformasikan sektor perkilangan Malaysia.

-Berita Harian

Tags: FMMNIMP 2030
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Hulur Sumbangan Kepada Anak P. Ramlee

Next Post

Russia Label Penerima Anugerah Nobel Keamanan, Dmitry Sebagai Ejen Asing

Related Posts

Perkenal Semula GST Untuk Tangani Dilema Hutang Negara – FMM

Perkenal Semula GST Untuk Tangani Dilema Hutang Negara – FMM

05/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2023....

FMM Cadang Pelaksanaan Semula GST, Gesa Kerajaan Memulihkan Ekonomi

26/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Keutamaan perlu diberikan kepada tindakan untuk mengukuhkan ekonomi dan memulihkan situasi perniagaan agar lebih memberangsangkan, berikutan persekitaran...

Next Post
Russia Label Penerima Anugerah Nobel Keamanan, Dmitry Sebagai Ejen Asing

Russia Label Penerima Anugerah Nobel Keamanan, Dmitry Sebagai Ejen Asing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd