• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

oleh AK-47
06/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan menafikan dirinya diketepikan PAS sebelum ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Sebaliknya, anak lelaki bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata dia sekadar berehat dari kegiatan politik buat sementara waktu sebelum ini.

“Bukan soal diketepikan. Itu (diketepikan PAS) cerita media. Saya yang memohon untuk berundur dari awal dan cerita saya ini bermula daripada saya menarik diri untuk bertanding di parlimen Bachok kerana atas sebab sebab yang telah saya jelaskan.

“Jadi dalam dalam tempoh selepas saya tak bertanding itu, PAS ada minta saya bertanding balik. Tapi, saya minta lagi untuk ambil masa, untuk saya uruskan beberapa urusan saya. Jadi, tak timbul soal saya dipinggirkan kepimpinan parti. Itu hanya kenyataan yang dibuat oleh media sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tawaran PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Pejabat PAS Kawasan Bakri, Muar, di Johor hari ini.

Nik Abduh dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan selepas cadangan pelantikan dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud dan mendapat sokongan dari Timbalannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan mojoriti menerima cadangan tersebut.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

Nik Abduh sebelum ini dilaporkan berminat untuk bertanding namun menyasarkan hanya kerusi DUN Chempaka – yang pernah diwakili bapanya.

Bagaimanapun, namanya namanya tidak disertakan sebagai salah seorang calon PAS-PN bagi menghadapi PRN Kelantan.

Adik Nik Aziz yang juga bapa saudara Nik Abduh, Nik Din Nik Mat, mengaitkan Mohd Amar, yang bertanding di DUN Panchor sebagai punca Nik Abduh diketepikan dan menggesa orang ramai tidak memberikan undi kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu.

Tidak lama lepas itu, pada 31 Julai, Nik Abduh mengumumkan dia ‘berpuasa’ daripada kegiatan politik. Namun ‘puasanya’ itu hanya bertahan kira-kira dua minggu saja, yang berakhir pada 8 Ogos.

Nik Abduh, 53, merupakan antara tokoh yang dianggap pelapis dalam PAS serta diharap meneruskan legasi Nik Aziz di Kelantan.

Selain pernah menjadi ketua Pemuda PAS Pusat, dia juga merupakan bekas ahli parlimen Pasir Mas dan Bachok.

Mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat untuk sesi 2017 – 2019, kedudukan Nik Abduh sebagai ahli parlimen Bachok digantikan oleh Syahir Sulaiman pada PRU ke-15 tahun lalu.

-Malaysia Kini

Tags: Nik AbduhPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

Next Post

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post
Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd