• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

oleh AK-47
07/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang kepada isu penduduk tanpa kewarganegaraan di Sabah.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Suhakam dalam kenyataan di sini memberitahu pembaharuan memorandum berkuat kuasa lima tahun itu menggambarkan komitmen semua pihak mempergiatkan kerjasama sedia ada melalui kolaborasi dengan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian kukuh ke arah penambahbaikan situasi hak asasi manusia bagi orang tanpa kewarganegaraan serta orang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah.

“Lanjutan daripada usaha terdahulu, ketiga-tiga pihak bersetuju untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dengan mengambil kira kurangnya pemahaman dan salah tanggapan dalam kalangan orang awam dan pihak berkepentingan terhadap orang tanpa kewarganegaraan di Sabah.

“Walau apa jua status mereka, orang tanpa dokumen, tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan, melalui pengalaman yang sama.

“Ia termasuk penafian akses kepada hak asas yang diperlukan seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan mata pencarian, dan sering kali mengakibatkan mereka terdedah menjadi sasaran pemerdagangan manusia, eksploitasi, gangguan dan buruh paksa,” menurut kenyataan berkenaan pada Khamis.

Suhakam juga berharap agar memorandum berkenaan menjadi platform untuk pihak berkepentingan berbincang mengenai isu mencabar secara terbuka seterusnya dapat meningkatkan kepekaan orang ramai.

MoU berkenaan pertama kali ditandatangani antara Suhakam dan Komnas HAM pada April 2019, dengan CHRP sebagai pemerhati rasmi, dan ia kemudiannya diperbaharui dua kali dan dilanjutkan sehingga Disember 2022 dengan penglibatan rasmi ketiga-tiga pihak.

Melalui MoU itu pelbagai inisiatif dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan termasuk mesyuarat peringkat tertinggi dengan Ketua Menteri Sabah serta agensi kerajaan yang berkaitan, kenyataan media bersama, anjuran dialog dalam talian, selain lawatan ke sebuah pusat pemindahan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Filipina.

-Sinar Harian

Tags: Isu Tanpa KewarganegaraanMoUSabahSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd