• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

oleh Mohd Arshad
05/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa tampuk kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berlaku perubahan ekoran Panglimanya, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dijangka dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) esok.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menurut beliau, antara perubahan yang berlaku adalah kedudukannya sebagai Panglima TDM yang bakal diganti Timbalan Panglima TDM, Leftenan Jeneral, Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

“Esok akan berlaku perubahan atas kepimpinan TDM. Saya akan serahkan tampuk pemerintahan TDM kepada Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang akan dinaikkan pangkat kepada Jeneral sekali gus Panglima Tentera Darat Ke-30 esok.

“Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim akan menjadi Timbalan Panglima Tentera Darat yang baharu.

“Kekosongan Panglima Medan Barat Tentera Darat akan diisi dengan Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Dalam istiadat perbarisan tersebut, seramai 46 pegawai dan 1,110 anggota lain-lain pangkat diketuai Pegawai Pemerintah Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Leftenan Kolonel Mohd Azroi sebagai penghargaan buat Mohammad.

Perbarisan tersebut turut melibatkan tujuh Panji mewakili rejimen dan kor di dalam Tentera Darat Malaysia antaranya RAMD, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Artileri Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja.

Untuk rekod, Mohammad ditauliah pada Julai 1987 ke dalam Kor RAMD dengan jawatan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-4 RAMD Sungai Ara, Pulau Pinang.

Selepas memegang beberapa tampuk kepimpinanan sepanjang kariernya, beliau akhirnya dilantik menjadi Panglima Tentera Darat pada Mac 2023 mengambil alih pemerintahan Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang bersara.

Bermula esok, Mohammad akan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-22 setelah enam bulan menerajui pemerintahan Tentera Darat.

Kosmo-

Tags: panglima angkatan tenteraTan Sri Mohammad Ab. RahmanTentera Darat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koperal, Lans Koperal Direman Terima Suapan Kes Dadah

Next Post

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Related Posts

Affendi Dilantik Panglima Angkatan Tentera Baharu

02/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu...

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

04/10/2019
0

PETALING JAYA - Pelakon AR Badul menarik balik permintaannya supaya diadakan inkues bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir...

Next Post
Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd