• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Ukraine: Norway Sumbang AS$32 Juta Kepada Palang Merah

oleh Mohd Arshad
27/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru
Share on FacebookShare on Twitter

OSLO: Kerajaan Norway akan menyalurkan dana sebanyak AS$32.35 juta (RM152.2 juta) bagi menyokong kerja-kerja dilakukan oleh Palang Merah Antarabangsa dan Bulan Sabit Merah di Ukraine yang dilanda konflik.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Jonas Gahr Store dalam satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Persatuan Palang Merah Ukraine, Maksym Dotsenko.

Lapor agensi berita Xinhua, dana tersebut akan disalurkan melalui Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Dana itu akan digunakan untuk membantu menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk penjagaan kesihatan, tempat tinggal, sokongan psikososial, makanan, air dan memenuhi keperluan penting lain bagi penduduk di Ukraine.

“Palang Merah Antarabangsa dan Bulan Sabit Merah memberikan sokongan tidak ternilai kepada Ukraine.

“Pekerja dan sukarelawan itu menunjukkan keberanian luar biasa dalam misi menyelamatkan nyawa orang ramai dan meringankan penderitaan penduduk setiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 12 juta penduduk di Ukraine memerlukan bantuan dan perlindungan.

Manakala, lebih empat juta pelarian memerlukan perlindungan dan bantuan di negara-negara jiran.

UtusanOnline-

Tags: Amerik SyarikatKonflikNorway
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd