• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

oleh Mohd Arshad
06/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu memohon maaf kepada pegawai kanan Persatuan Badmiton Malaysia (BAM) kerana mengeluarkan kenyataan menyinggung dalam laman ‘Facebook Live’, tahun lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas Roslin atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim (defendan) memohon maaf tanpa syarat kepada Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh Chee Keong selaku plaintif dalam kes tersebut.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain merekodkan penghakiman persetujuan manakala terma-terma penyelesaian dalam penghakiman itu tidak didedahkan kepada pihak media.

Kenny Goh, 57, yang juga ahli Majlis Tertinggi Badminton World Federation (BWF) dan Roslin, 48, yang kini jurulatih badminton, faham dan bersetuju dengan terma-terma penyelesaian tersebut.

“Saya juga mendoakan kejayaan kamu, semoga hubungan peribadi dan profesional kamu berdua dapat dipulihkan semula, selamat maju jaya,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian melapangkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5,6,7,11 dan 12 September.

Terdahulu, bekas pemain badminton negara itu membaca pernyataan permohonan maaf di hadapan hakim berkenaan berhubung kenyataan fitnah dan menyinggung Kenny Goh yang dibuatnya ketika strim langsung `Facebook Live’ dalam akaun Facebook `Abe Lin’ pada 19 Januari 2022.

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Datuk Kenny Goh Chee Keong dan berasa kesal atas kenyataan saya yang menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada beliau.

“Saya sedar kenyataan saya telah mencalarkan reputasi dan nama baiknya serta mengaibkan beliau melalui kata-kata kesat yang tidak berasas dan tidak patut dinyatakan.

“Saya berharap permohonan maaf ini dapat membersihkan nama baik Datuk Kenny Goh serta memulihkan hubungan profesional dan peribadi di antara kami,” kata Roslin ketika membacakan pernyataan itu daripada kandang saksi.

Pemain badminton berpengalaman itu turut memberi akujanji beliau tidak akan mengulangi kenyataan fitnah dan menyinggung itu pada masa akan datang.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kenny Goh memaklumkan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik di luar mahkamah dan bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

“Terma penyelesaian antaranya defendan (Roslin) perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dengan membaca kenyataan maaf di mahkamah terbuka. Selain itu, permohonan maaf perlu disiarkan dalam empat media iaitu Berita Harian, Utusan, NST dan The Star,” katanya.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Roslin mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Roslin ketika ditemui wakil media di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega kerana semuanya telah berakhir dan akan menjadikannya sebagai pengajaran.

Kenny Goh turut melahirkan perasaan lega dan berharap kedua-dua pihak dapat melupakan insiden yang berlaku dan mengadakan perbincangan pada masa akan datang.

“Saya lega semua selesai dengan baik. Saya mengenali Roslin bukan baru, sudah lama kami berkenalan. Mungkin dalam masa terdekat, kita ada peluang untuk duduk berbincang untuk kebaikan masa depan badminton secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kenny Goh memohon ganti rugi am RM1 juta serta perintah injunksi menghalang Roslin menerbitkan kenyataan-kenyataan menyinggung pada masa akan datang.

Menerusi pernyataan tuntutan, Kenny Goh mendakwa Roslin mengungkapkan kenyataaan fitnah dan menyinggungnya dalam Facebook yang ditonton ratusan pengikutnya yang turut terdiri daripada pemberita dari pelbagai agensi berita.

Plaintif berkata, sebahagian kenyataan fitnah terhadapnya itu telah dilaporkan, diterbitkan semula dan diedarkan kepada pengamal media.

Seterusnya Kenny Goh berkata, kenyataan fitnah terbabit dalam maksud semula jadi atau secara inferen bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Setiausaha Kehormat dan Pengerusi Jawatankuasa Jurulatih dan Latihan BAM dan perosak persatuan itu.

Beliau berkata, ia juga bermaksud beliau mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap segala transaksi yang berlaku di dalam BAM dan sewenang-wenangnya membuat keputusan mengikut citarasanya sendiri.

Disebabkan penerbitan kenyataan itu, beliau telah mengalami kerosakan reputasi dan nama baik di samping terpaksa berdepan kebencian serta penghinaan daripada orang awam khususnya peminat badminton tempatan dan antarabangsa.

-Utusan Online

Tags: Kenny GohRoslin HashimSaman Fitnah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Next Post

Polis Tunggu Laporan DNA Mayat Reput Ditemukan Tepi Longkang

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Saman Fitnah Terhadap MB Kedah: Anwar, Sanusi Diarah Kemuka Hujahan Bertulis

Saman Fitnah Terhadap MB Kedah: Anwar, Sanusi Diarah Kemuka Hujahan Bertulis

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad...

Next Post
Polis Tunggu Laporan DNA Mayat Reput Ditemukan Tepi Longkang

Polis Tunggu Laporan DNA Mayat Reput Ditemukan Tepi Longkang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd