• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Razman Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Guan Eng Kekal

oleh Mohd Arshad
06/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Razman Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Guan Eng Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Panel tiga hakim terdiri S Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing, menolak rayuan Razman selepas memutuskan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh (kini Hakim Mahkamah Tinggi) telah dibuat dengan betul bahawa penerbitan Facebook itu adalah berunsur fitnah.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Razman membayar kos RM20,000.

Hakim Nantha Balan yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah berkata, catatan Facebook itu yang dibaca secara pantas atau pandangan sekali imbas oleh pembaca, telah memfitnah Guan Eng dengan mencadangkan, menuduh atau menyatakan bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu antitudung, yang dalam konteks Malaysia berunsur fitnah terhadap Guan Eng.

“Kami bersetuju dengan Pesuruhjaya Kehakiman bahawa perkataan dalam kapsyen ‘doa moga ini tidak betul’ dan ‘kalau ianya benar’ (dalam hantaran Facebook) tidak bertindak sebagai penawar dan tidak menghapuskan sengatan itu yang mencadangkan secara jelas atau secara tersirat plaintif (Guan Eng) adalah seorang yang menggalakkan aktiviti diskriminasi dan mengabaikan sensitiviti umat Islam Malaysia, khususnya di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau juga berkata, terdapat 61 komen pembaca di hantaran Facebook itu, malah ada juga yang memberi amaran kepada Razman bahawa beliau berisiko dikenakan saman fitnah.

Hakim Nantha Balan berkata, mahkamah juga mendapati tiada merit berhubung hujahan peguam Norazli Nordin yang mewakili Razman bahawa penerbitan hantaran itu tidak dibuktikan kerana tiada bukti bebas bahawa mana-mana pihak ketiga mempunyai akses kepada akaun Facebook itu.

Beliau berkata, setelah mempertimbangkan perkara itu dengan teliti dan mengambil kira penghujahan bertulis yang komprehensif serta penjelasan lisan, mahkamah mendapati tiada kesilapan yang boleh dirayu untuk mewajarkan sebarang campur tangan perayu dalam kes itu.

Guan Eng menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 November 2017 yang mendakwa beliau menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng berkata perkataan yang digunakan dalam hantaran Razman adalah daripada sumber tidak sahih dan bertujuan mencemarkan nama serta reputasinya, selain menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.

Pada 14 Mac 2022, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan tuntutan Guan Eng dan memerintahkan Razman membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk.

Hakim Amarjeet Singh juga memerintahkan Razman membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook beliau dan ditag di Facebook Guan Eng dengan hantaran permohonan maaf itu.

Razman yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak turut diarahkan supaya tidak mengulangi kenyataan itu di Facebook pada masa depan.

Keputusan itu mendorong Razman memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Guan Eng diwakili peguam Datuk N Mureli dan Felix Lim.

Bernama-

Tags: ganti rugiLim Guan EngRazman Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd