• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan

oleh Mohd Arshad
06/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan selepas melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tertuduh didapati bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi tadi atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 dan Seksyen 299 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Tertuduh dikenakan penjara enam bulan di bawah Seksyen 233 dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayarnya. Tetapi, dia tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

“Dengan pertuduhan ke atas suspek, kes ini selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, terdahulu pemilik akaun Facebook terbabit memuat naik satu kenyataan menerusi ruangan komen dalam satu hantaran yang dalam akaun rasmi Facebook Sultan Selangor.

“Kenyataan dibuat iaitu ‘Sultan yg tdk mampu menjaga agamanya sendiri elok dipancung sampai mampos!!. Pesta keagamaan bon odoni dulu siapa yang kata boleh sertai? Lps tu, kalau raja dulu2 blh buatkhutbah, blh buat tazkirah blh jd iman, raja sekarang jd apa?. Maaf!! Raja yg adil aku ikut (aku hanya menyembah Allah yg satu), raja yg zalim aku sanggah, buat apa nak takut’,” jelasnya.

Justeru, polis membuka satu kertas siasatan di diklasifikasi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Kertas siasatan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hussein memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kegentaran awam.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan berhemah,” tegasnya.

UtusanOnline-

Tags: dipenjarahina sultanlelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Titah Hakim Syarie Sabah Selesaikan Masalah Umat Dengan Adil, Secepat Mungkin

Next Post

Amanah Buat Laporan Polis, Dakwa Kepimpinan PN Main Isu 3R

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

Next Post
Amanah Buat Laporan Polis, Dakwa Kepimpinan PN Main Isu 3R

Amanah Buat Laporan Polis, Dakwa Kepimpinan PN Main Isu 3R

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd