• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan

oleh AK-47
10/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gempa Bumi Di Maghribi: Malaysia Tawar Bantuan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang diperlukan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini, Zambry berkata, beliau sudah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.

“Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Zambry juga mengucapkan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi terbabit.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu berkata, tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh gempa bumi besar yang melanda Maghribi termasuk Al Haouz dan Marrakesh.

Kedutaan Malaysia di Rabat juga sedang memantau perkembangan semasa dengan angka kematian dijangka meningkat susulan ada mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Warga Malaysia di Maghribi dinasihatkan berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftar dengan kedutaan Malaysia dengan menghubungi misi tersebut di alamat 307, Rue Bani Yider Souissi 10000, Rabat, dan melalui nombor telefon (+212) 537658324/(+212) 673291424 atau melalui emel di [email protected], tambah kenyataan itu.

Menurut kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Agensi Anadolu memetik Kementerian Dalam Negeri kerajaan Maghribi, sekurang-kurangnya 2,012 orang terbunuh dan 2,059 cedera akibat gempa bumi kuat terbabit.

Bilangan yang tercedera adalah termasuk 1,404 kes kritikal.

Kematian akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di pelbagai kawasan termasuk Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca dan Youssoufia.

-Harian Metro

Tags: bantuangempa bumiMaghribiMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd