• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Depa Pecat Kedah Dari Malaysia Dah Ka?

oleh Mohd Arshad
21/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Depa Pecat Kedah Dari Malaysia Dah Ka?
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak lagi akan mempengerusikan Hari Sukan Negara peringkat negeri seperti sebelum ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Katanya, urusan di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah itu akan diserahkan kepada Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Tapi depa mereka nak pakai DO (pegawai daerah) di peringkat daerah, EXCO sukan depa tak mau pakai, DO depa nak, nampak tak..?

“Saya rasa tak sihat politik macam tu, awat (kenapa) depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?

“Kalau rasa kita (Kedah) part of (sebahagian daripada) Malaysia tak patut buat macam tu, politik (macam) tu tahun 70, 80-an boleh la. Politik 2023 orang tak boleh buat macam tu noh, habaq (beritahu) depa tak payah main politik lagu tu, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KPTC) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Turut hadir ialah EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.

Sebelum ini media melaporkan Haim kesal apabila mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu tidak dibenarkan menghadiri program yang dianjurkan kerajaan negeri.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terbabit dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah, berkata bidang sukan dan pendidikan tidak sepatutnya menjadi ‘mangsa’ politik.

Katanya, beliau sudah bertanyakan mengenai perkara itu kepada pihak berkaitan namun tiada arahan bertulis dikeluarkan melainkan secara lisan.

“Ada wakil rakyat seorang di Kedah pi (pergi) tengok anak dia sukan di sekolah, pengetua sekolah itu kena panggil kerana membenarkan ahli politik masuk sekolah.

“Menteri Pelajaran kata boleh mohon tapi 30 hari (sebelum). Tak kan nak tengok anak sukan kena mohon 30 hari, tak masuk akal. Cakap lain buat lain, rasa ini politik 80-an tapi depa kata MADANI… tak sesuai,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Sanusi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Beras: Peluasan Kuasa Kepada KPDN Jika Keadaan Meruncing

Next Post

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Related Posts

Sanusi Sahkan Beristeri Dua, Isteri Pertama Pergi Meminang

Sanusi Sahkan Beristeri Dua, Isteri Pertama Pergi Meminang

04/09/2024
0

KUALA NERANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan kini beristeri dua. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

04/08/2024
0

PAS mencabar Umno supaya meletakkan calon untuk mewakili DAP seperti mana PAS dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (DUN) Nenggiri....

Next Post
Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd