• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Dah Berubah, Hanya Indah Khabar Daripada Rupa – Radzi

oleh Mohd Arshad
03/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
DAP Dah Berubah, Hanya Indah Khabar Daripada Rupa – Radzi
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Kenyataan pimpinan UMNO kononnya DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) kini sudah berubah dan menjadi lebih sederhana, hanya indah khabar daripada rupa.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Sebaliknya Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, DAP masih bertindak sebagai ‘abang besar’ yang tidak mempedulikan saranan rakan gabungan itu sekali gus akan mengekalkan perjuangan parti mereka.

Malah katanya, DAP menunjukkan sifat sebenar parti itu apabila tetap bertegas tidak akan menggugurkan agenda negara sekular dan ‘Malaysian Malaysia’ walaupun disarankan UMNO Pulai.

“Apabila Ketua UMNO Bahagian Pulai (Datuk Nur Jazlan Mohamed) membuat kenyataan bahawa DAP perlu gugurkan agenda negara sekular dan perlu keluarkan Malaysian Malaysia bagi menarik orang Melayu, dia (DAP) cakap,dia tak nak keluarkan.

“UMNO sudah tak ada kuasa dan sekarang ini pemimpin UMNO dilihat hanya mampu sembang sahaja dengan pendapat dan saranan mereka tidak dipedulikan.

“BERSATU sebelum ini sudah bersama DAP dan sudah nampak warna sebenar parti itu sebelum memutuskan meninggalkan gabungan PH,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kempas, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon PN bagi PRK Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar.

Beliau yang juga Ketua Penyelaras Pilihan Raya PN Parlimen Pulai, berkata kemenangan PN pada PRK kali ini akan menghantar isyarat jelas kepada kerajaan, sebagaimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, 12 Ogos lalu.

“Pengundi Parlimen Pulai perlu gunakan peluang pada hari mengundi 9 September nanti untuk pastikan pada PRK kali ini, kita dapat hantar isyarat jelas kepada kerajaan PH-BN.

“Isyarat itu penting untuk menunjukkan kepada mereka (kerajaan) supaya faham rakyat tolak mereka dan inginkan yang jauh lebih baik,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke,dilaporkan berkata, parti itu tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Anthony dilaporkan berkata, sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

Pada masa sama, DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

-Harian Metro

Tags: DAPRadzi Jidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd