• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Bas Awam Di Lembah Klang Bakal Ditambah

oleh Mohd Arshad
23/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Dijangka Banjir Pada Bila-bila Masa – MB
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merancang untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan bas awam di seluruh negara secara berperingkat.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tumpuan utama akan diberikan di kawasan Lembah Klang berikutan ia didapati lebih mendesak.

Katanya, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai terutama di kawasan Lembah Klang yang mengeluh berkaitan perkhidmatan bas awam ketika ini kurang efisien.

“Memang kita ada perancangan untuk menambah lebih banyak bas. Buat masa ini tumpuan perlu diberikan di kawasan ibu negara atau Lembah Klang yang dilihat mendesak.

“Setakat ini hanya ada sekitar 800 bas (RapidKL) beroperasi di ibu negara dan berhasrat untuk menambah bilangan bas kepada 1,000 menjelang akhir tahun ini.

“Penambahan bilangan bas awam baharu akan dilakukan secara berperingkat mulai tahun depan sama ada menggunakan kaedah membeli atau sewa,” katanya selepas merasmikan Program Kerjaya@Pengangkutan 2023 di AEON Mall Nilai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar.

Mengulas lanjut, Loke berkata, dalam usaha memastikan matlamat itu berjalan lancar, Prasarana juga akan menambah bilangan pemandu bas kerana ketika ini masih tidak mencukupi.

“Masalah besar kita (Prasarana) ialah kekurangan pemandu bas. Tak boleh satu bas satu pemandu, perlu lebih ramai pemandu dari bilangan bas untuk memastikan perkhidmatan bas kita lebih baik terutama di Lembah Klang,” katanya.

Mengenai Program Kerjaya@Pengangkutan, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata penganjurannya yang berakhir esok, adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan sebagai salah satu fokus memperkasakan rakyat.

Menurutnya, program terbabit menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan yang meliputi sektor udara, darat dan maritim.

“Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini adalah terbuka kepada calon-calon yang bukan sahaja berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, malah kelulusan sijil dan setaraf.

“Kita berharap agar dapat menarik perhatian kumpulan sasar yang memerlukan kerjaya sebagai sumber pendapatan bagi memperbaiki ekonomi keluarga sekali gus membantu menoktahkan kemiskinan tegar yang masih membelenggu golongan tertentu di negara ini,” katanya.

Pada program berkenaan, Loke turut mengagihkan 800 topi keledar kepada orang ramai secara percuma.

BHonline-

Tags: bas awamditambahLembah Klang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd