• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih Buat Laporan Terhadap Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
07/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bersih Buat Laporan Terhadap Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi susulan ucapan yang berunsur sogokan dan paksaan untuk meraih undi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perkara itu dilakukan oleh Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO pada program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini pada Ahad lalu.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, pada majlis itu, Ahmad Zahid mengeluarkan ucapan untuk mempengaruhi pengundi Pulai secara tidak wajar dengan mengatakan bahawa projek penambahbaikan PPR itu akan diteliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH) perlu menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Thomas berkata, Ahmad Zahid memberitahu bahawa permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor akan ‘dilihat’ semula sekiranya Suhaizan tidak menang.

“Susulan ucapan Zahid ini, kami berpandangan perkara ini perlu disiasat kerana bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9 Pengaruh Tidak Wajar dan Seksyen 10 Penyogokan.

“Selain itu, ucapan tersebut juga adalah bercanggah dengan prinsip 3C (tanpa syarat, tanpa kempen, tanpa calon) yang digariskan oleh Bersih bagi kerajaan yang bukan sementara untuk berkelakuan semasa tempoh pilihan raya.

“Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di luar Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Thomas memberitahu, apa-apa pengumuman atau pertimbangan kerajaan yang diucapkan pada majlis-majlis kerajaan bukan sementara tidak boleh dibuat secara bersyarat, dihadiri oleh calon dan berkempen seperti yang dilakukan Ahmad Zahid dan PH.

Justeru, Bersih menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera mengawal perlakuan anggota Kabinetnya dengan menggariskan panduan kerajaan sementara dan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya.

“Kita tidak mahu sumber dan jentera kerajaan disalahgunakan oleh Jemaah Menteri sepanjang tempoh berkempen. Apa yang dilakukan oleh Ahmad Zahid ini bukanlah pertama kali diucapkan, sebelum ini ucapan yang hampir sama juga dibuat semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kuala Terengganu bulan lalu,” katanya.

Thomas berharap supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara yang baharu dilantik supaya memandang serius perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas.

“Ini adalah salah guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk pengaruhi pengundi. Kita bukan hendak mencari kesalahan beliau, tapi mana-mana individu melakukan kesalahan pada PRK ini, kita akan buat laporan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiBersihlaporan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd