• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

oleh Mohd Arshad
04/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberi hujah 11 alasan mengapa Ahmad Zahid perlu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA):

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

1. Pihak pembelaan memanggil 15 saksi termasuklah tertuduh sendiri, kami (pendakwaan) berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan juga pihak penyiasat

2. Ahmad Zahid mengemukakan dua Surat Representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), masing-masing bertarikh pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023

3. Lanjutan daripada representasi yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023, memaklumkan kepada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

4. Ahmad Zahid sekali lagi pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac 2023 mengemukakan empat lagi Surat Representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang sudah semestinya memerlukan SPRM menyiasat perkara ini.

5. Surat Representasi Ahmad Zahid turut menyentuh isu berkenaan siasatan terhadap tertuduh sebelum, semasa dan selepas dituduh di mahkamah yang dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap.

6. Perkara ini sudah semestinya menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua jabatan ini adalah institusi undang-undang yang diperalatkan oleh pihak tertentu.

7. Untuk tidak menafikan hak Ahmad Zahid dan lebih penting lagi, supaya tiada salah laku di sisi undang-undang berlaku (no miscarriage of justice), kami percaya bahawa semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid perlu diberhentikan buat masa ini, tetapi hanya memberikan kesan DNAA kepada beliau sehinggalah siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai

8. Pendakwaan percaya bahawa Mahkamah yang Mulia ini ambil maklum berkenaan pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu yang dibangkitkan dalam buku memoir tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas dan pendedahan yang dibuat berkaitan pertuduhan yang dibuat terhadap individu tertentu.

9. Ahmad Zahid membangkitkan isu yang serius dalam surat representasi beliau iaitu berkenaan dakwaan bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim kerajaan sebelum ini. Peguam Negara berpendapat bahawa amat penting untuk pihak pendakwaan dan SPRM melihat dan turut menyiasat dakwaan ini.

10. Ia adalah selaras dengan tujuan RCI yang antara lainnya bertujuan untuk menyiasat dakwaan berkenaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi dalam negara.

11. Satu memo dalaman yang dikatakan dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan ini tular di media sosial, AGC sedang mengambil langkah untuk menentusahkan kandungan memo dalaman itu dan berpendapat adalah penting kerana ia turut menyentuh secara langsung isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Zahid melalui representasi yang dikemukakan serta menguatkan lagi alasan untuk siasatan secara menyeluruh dijalankan AGC bagi kes membabitkan Ahmad Zahid.

-Harian Metro

Tags: Ahmad Zahid HamidiDNAAjabatan peguam negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

20/12/2025
0

SEKINCHAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd