• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Maut, 67 Cedera Serangan Peluru Berpandu Russia Di Timur Ukraine

oleh Mohd Arshad
08/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tujuh Maut, 67 Cedera Serangan Peluru Berpandu Russia Di Timur Ukraine
Share on FacebookShare on Twitter

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas beberapa bangunan di timur Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 67 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu Russia yang berlaku di bandar Pokrovsk, semalam.

Pokrovsk terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari garis hadapan timur Ukraine.

Ketua Pentadbiran Tentera wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, tentera Russia melancarkan dua peluru berpandu dalam tempoh selang 40 minit.

Serangan peluru berpandu itu mengakibatkan beberapa bangunan kediaman, sebuah hotel, premis katering, kedai serta bangunan pentadbiran rosak.

Wartawan AFP melaporkan pasukan penyelamat sedang memindahkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan lima tingkat.

Malah, mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ukraine, Igor Klymenko mengesahkan dua kanak-kanak antara mangsa yang cedera dalam serangan itu.

Katanya, mangsa yang terbunuh termasuk seorang pegawai berpangkat tinggi di wilayah Donestk.

UtusanOnline-

Tags: mautPeluru BerpanduRussiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua senjata tajam dipercayai digunakan pelajar Tingkatan Dua dalam kes bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd