• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Boleh Ganti Ahmad Zahid Selamatkan UMNO

oleh Mohd Arshad
20/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Tok Mat Boleh Ganti Ahmad Zahid Selamatkan UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat dilihat sebagai adalah calon paling sesuai menggantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menyelamatkan UMNO daripada pupus dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, selain memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat juga pernah membuktikan prestasinya semasa Ahmad Zahid berehat seketika sebelum ini.

Katanya, Tok Mat berjaya mengemudi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar selain bersih daripada sebarang kes mahkamah dan disenangi suara penyokong.

“Tok Mat boleh menggantikan Ahmad Zahid buat sementara waktu, tetapi Perhimpunan Khas Agung UMNO perlu diadakan untuk semua akar umbi meminta Ahmad Zahid letak jawatan.

“Pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan segera,” katanya di sini hari ini.

Semalam, penganalisis politik menzahirkan pendapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan agar Tok Mat menggantikan Ahmad Zahid menerajui UMNO bagi memastikan kestabilan kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran turut mengecam ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, Hairi Mad Shah semalam supaya mengadakan satu ‘retreat’ untuk pergerakan itu di sebuah pulau dan bukannya lokasi biasa di Janda Baik, Pahang.

Katanya, kepimpinan UMNO masih lagi memikirkan perkara yang tidak seharusnya dibuat sedangkan akar umbi UMNO perlu tindakan secara terus bagi menambah baik kualiti parti di mata masyarakat dan ahli akar umbi.

“Ahmad Zahid letak jawatan dan UMNO sedia menjadi pembangkang pada kerajaan sekarang. Ahli UMNO juga tidak mahu bersekongkol dengan DAP,” katanya.

Kosmo-

Tags: Ahmad ZahidTok MatUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teruk Dibelasah JDT, Norizam Salahkan FAM

Next Post

10 Pakar Penerbangan AS Berada Di Lokasi Bantu Siasat Punca Nahas Pesawat

Related Posts

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
10 Pakar Penerbangan AS Berada Di Lokasi Bantu Siasat Punca Nahas Pesawat

10 Pakar Penerbangan AS Berada Di Lokasi Bantu Siasat Punca Nahas Pesawat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd