• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

oleh AK-47
26/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox).

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A. Sivanesan berkata gejala berkenaan adalah seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain.

“Penyakit ini berjangkit dan perlu dikuarantin sekiranya positif. Saya harap orang ramai berwaspada dan lakukan saringan kesihatan jika terdapat tanda-tanda yang telah dinyatakan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Kesihatan Awam yang berlangsung di Aeon Mall Station 18 di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua kes positif jangkitan mpox di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan kes itu disahkan pada 26 Julai membabitkan seorang lelaki warga asing, manakala kes kedua ialah seorang lelaki tempatan yang juga kontak kepada kes mpox pertama serta disahkan positif mpox pada 29 Julai lepas.

Sivanesan berkata sehingga kini, masih tiada sebarang laporan melibatkan penyakit cacar monyet di negeri ini.

Katanya lagi, bagi membendung penyakit itu daripada menular, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah melaksanakan langkah pencegahan awal melalui pemantauan di semua lokasi berisiko termasuk pintu masuk antarabangsa.

“Pemantauan dilaksanakan terhadap semua individu berisiko termasuk pengembara atau pelancong melalui saringan mpox yang dilakukan di pintu masuk antarabangsa khususnya lapangan terbang.

“Selain itu, latihan turut diberikan kepada semua anggota JKN bagi memastikan pengendalian kes berkaitan mpox ini dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang kempen yang dilaksanakan, beliau berkata ia dianjurkan oleh Quest International University dengan kerjasama JKN Perak serta bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya berkaitan penjagaan dan rawatan kulit.

Beliau berkata perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma selain orang ramai turut berpeluang menyertai aktiviti lain seperti forum kesihatan, bengkel masakan makanan berkhasiat dan sebagainya.

“Usaha melalui kempen ini harus diberikan pujian kerana bukan hanya percuma, malah turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang sememangnya berguna untuk orang ramai,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: cacar monyetExco Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

20/08/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan sedang berhubung rapat dengan semua negara ASEAN bagi memantau kes cacar monyet (mpox) di negara-negara berkenaan....

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd