• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

oleh Mohd Arshad
22/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan kebajikan golongan M40.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan peluang yang sama rata diberikan kepada semua golongan pengelasan keluarga.

Katanya, dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40 sehingga mengabaikan kumpulan yang berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat.

“Jadi beberapa langkah sudah kita ambil tetapi andaian beri lebih kepada B40 itu tidak betul.

“Sebagai contoh tengok semua sekolah menengah sains atau MRSM (Maktab Rendah Sains Malaysia) termasuk Kolej Melayu dan lain-lain, manfaatnya kepada golongan paling miskin ini sangat kecil tidak sampai satu atau dua peratus.

“Sebab itu saya usulkan kepada Menteri Pendidikan baru-baru ini, menyatakan bahawa sama ada sekolah khas dicadangkan atau tidak mesti diperuntukkan satu hingga lima peratus saja bagi yang benar-benar miskin. Kalau tidak kesenjangan (jurang) akan terus berlaku,” katanya dalam ucaptama Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’ im Mokhtar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar menegaskan meritokrasi saja tidak boleh menjadi kriteria dalam penilaian pendidikan.

Katanya, ia perlu digabungkan dengan latar belakang pendapatan serta faktor kuota dan keistimewaan Bumiputera.

“Sistem ini penting tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria bagi memastikan pengurusan dan tata kelola negara yang adil.

“Kalau nak bincang meritokrasi antara sekolah terbaik di Kuala Lumpur dengan sekolah di Kapit, Sarawak, itu maknanya menggagaskan satu formula yang tidak menekankan keadilan.

“Ada satu pihak cakap meritokrasi dan ada satu pihak cakap hanya kuota (Bumiputera)…Saya fikir kedua-duanya harus digabungkan, jadi mesti ada juga meritokrasi kalau tidak, kita tidak akan angkat yang terbaik dalam kalangan kita,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kepimpinan kementerian, agensi kerajaan, bank serta golongan elit mendekati golongan bawahan yang mempunyai pemikiran serta keluhan berbeza mengenai meritokrasi dan keadilan sosial.

“Kadang-kadang saya runsing juga, kita sudah merdeka sekian lama dan matang tetapi kadang-kadang wacana kita itu ada dua dan ada pemisahan dalam kalangan atasan dan di bawah.

“Oleh kerana dia (golongan bawahan) tersisih dan terabai maka dia akan lari kepada isu kaum dan agama yang sempit kerana kita (golongan atasan) tidak menyantuni mereka,” katanya.

Beliau juga meminta pemimpin industri termasuk perbankan mendekati golongan pelajar bagi berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya lihat anak muda ini lebih berminat menemui tokoh dan pemimpin industri kerana ini sangat mengesan kepada mereka berbanding mendengar ucapan Perdana Menteri dan menteri, ” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimkebajikanM40
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rogol Budak, Penghantar Barang Kena Sebat, Jel 18 Tahun

Next Post

Sarawak Ikut Model Ombudsman Sweden

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post
Sarawak Ikut Model Ombudsman Sweden

Sarawak Ikut Model Ombudsman Sweden

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd