• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelenggaraan Jalan LPB Untuk Keselesaan Agong, Pengguna Jalan Raya

oleh AK-47
24/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penyelenggaraan Jalan LPB Untuk Keselesaan Agong, Pengguna Jalan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN : Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah telah siap dan bersedia untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, jalan yang akan dilalui oleh Seri Paduka sempena Jelajah Kembara Borneo bermula 3 September ini adalah laluan jajaran LPB.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kerja Raya telah mengarahkan syarikat konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi memastikan keadaan jalan selesa dan selamat untuk pemanduan Yang diPertua Agong.

“Saya mendapat laporan bahawa kerja-kerja tersebut telah siap dan ada yang masih berlangsung jadi, kita mahu memastikan jalan berada dalam keadaan selesa dan selamat.

“Ia bukan sahaja baik untuk kembara Yang diPertua Agong tetapi, baik untuk pengguna jalan raya di Sabah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyelenggaraan jalan raya sempena Kembara Jelajah Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) di Putatan hari ini.

Menurut Shahelmey, kos penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan. Malah, peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan juga telah ditingkatkan pada tahun ini.

“Itu membolehkan banyak kawasan-kawasan di sepanjang jalan Persekutuan telah diperbaiki. Mungkin bukan 100 peratus tapi, ia membolehkan kita menyediakan kemudahan jalan raya yang selamat dan selesa untuk digunakan oleh pengguna jalan raya,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan menelusuri jalan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Tawau dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.

Ketika ini, kerja-kerja penyiapan fasa satu LBP Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja telah mencapai 82 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2025.

Daripada 35 pakej itu, 19 pakej kerja belum dimulakan, kerja-kerja pembinaan dijadualkan diadakan secara serentak pada tahun depan.

-Utusan Online

Tags: AgongLPBpengguna jalan rayaPenyelenggaraan Jalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd