• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

oleh Mohd Arshad
13/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar memilih aliran sains di peringkat menengah.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata asas yang tidak kuat menyebabkan ramai murid menganggap mata pelajaran berkenaan susah sekali gus mengikis minat mereka dalam sains dan matematik.

Beliau berkata, kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tidak menarik, mengutamakan sasaran markah serta mendapat jawapan betul dan tepat, menyebabkan murid sekolah rendah ‘takut’ dengan kedua-dua mata pelajaran itu.

“Murid sekolah rendah yang berumur tujuh hingga 12 tahun ini akan rasa belajar sains dan matematik sangat susah dan tertekan.

“(Kalau terus dapat jawapan) …itu bukan sains. Itu adalah satu bentuk hafalan. Sains adalah proses cubaan, pemerhatian dan ujian,” katanya kepada Bernama dengan memberi contoh Thomas Alva Edison yang beberapa kali gagal dalam cubaannya sebelum berjaya menghasilkan mentol lampu.

Anuar berkata, silibus pembelajaran sains dan matematik ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikatakan terlalu banyak turut menjadi faktor penyumbang kedua-dua mata pelajaran itu kurang diminati di peringkat sekolah rendah.

Beliau berkata, murid di peringkat sekolah rendah sepatutnya tidak dibebani dengan silibus yang banyak sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti eksplorasi dan pemerhatian di luar bilik darjah.

Selain itu, Anuar berkata, keperluan guru yang terpaksa menghabiskan silibus pembelajaran juga boleh menjadi punca murid tidak berminat dengan mata pelajaran sains dan matematik khususnya bagi mereka yang lemah dalam pembelajaran.

“Kadang-kadang ada murid belum memahami sepenuhnya apa disampaikan tetapi guru tidak mempunyai masa untuk menunggu ataupun memastikan mereka benar-benar faham, dan guru terpaksa masuk topik seterusnya sebab mereka perlu mengejar silibus.

“Akhirnya, ramai murid ketinggalan dari segi memahami maksud dan tujuan sesuatu fenomena sains yang mereka pelajari,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata KPM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik.

Hasil kajian Persatuan STEM Nasional (NSA) mendapati hanya 19 peratus pelajar memilih aliran sains sejak 2020.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata, silibus memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran sains, teknologi, dan matematik (STEM).

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada guru yang menyatakan mereka terpaksa mempercepatkan sukatan pembelajaran kerana kesuntukan masa.

“Saya rasa perkara itu (silibus pembelajaran STEM) dalam perhatian KPM dan saya yakin ia dalam proses untuk ditambah baik supaya stigma STEM sukar, boleh dihapuskan apabila KPM membuat pelarasan terhadap sukatan pelajaran itu,” katanya.

Bernama-

Tags: kemerosotanmatematikpenguasaan asasSains
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terengganu Buka 11 Kertas Siasatan

Next Post

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

Related Posts

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

23/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia...

Sains, Matematik Kembali Diajar Dalam Bahasa Inggeris

31/01/2020
0

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan matematik akan kembali ke...

Next Post
Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd