• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Umum Menang 43 Kerusi DUN Kelantan

oleh Mohd Arshad
12/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Umum Menang 43 Kerusi DUN Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : PAS mengesahkan menang di 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Kemenangan itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pekarangan Pejabat Perhubungan PAS, di sini sebentar tadi.

“Alhamdulillah kita menang di 43 kerusi DUN, manakala dua kerusi lagi dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) iaitu DUN Galas dan Kota Lama.

“Alhamdulillah untuk kemenangan ini dan kita terus dapat membentuk kerajaan. Pada masa sama kita berterima kasih kepada semua jentera yang bekerja keras sepanjang pilihan raya.

“Kita juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang memberi kepercayaan kepada PAS untuk terus mentadbir Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Kemenangan Perikatan Nasional (PN), di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi BERSATU, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Pada masa sama, Ahmad turut memohon kemaafan kepada semua pihak sepanjang melaksanakan proses berkempen.

“Kita memohon maaf sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disenangi rakyat Kelantan. Saya juga berterima kasih kepada smeua jentera parti,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dun KelantanPASPRN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunjuk Kertas Undi Dipangkah Adalah Salah – KPN

Next Post

PH-BN Makin Hampir Bentuk Kerajaan Di Selangor

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post
PH-BN Makin Hampir Bentuk Kerajaan Di Selangor

PH-BN Makin Hampir Bentuk Kerajaan Di Selangor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd