• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar

oleh AK-47
16/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR : Satu objek dipercayai bahan letupan ditemukan di hadapan sebuah sekolah di sini hari ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi pengawal keselamatan sekolah berkenaan pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata, menerusi siasatan awal, pengawal keselamatan itu memaklumkan telah mendengar satu bunyi letupan di luar kawasan sekolah sekitar pukul 4 pagi.

“Siasatan polis juga mendapati letupan itu adalah berpunca daripada sebuah objek dipercayai buatan sendiri,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Shokri berkata, siasatan lanjut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bersama Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada paip besi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ekoran daripada kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu Mohd. Shokri berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga menjejaskan siasatan polis.

Tambahnya, Polis Padang Besar akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Harnizam di talian 0115551000,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Kawasan Sekolahmeletuppadang besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

Next Post

EXCO Pahang, Johari Harun, Antara 10 Korban Jet Persendirian Di Elmina

Related Posts

Roket Terbesar SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

Roket Terbesar SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

21/04/2023
0

WASHINGTON – Sebuah roket paling besar yang pernah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk meletup di atmosfera...

Alat Memasak ‘Steamboat’ Meletup, Empat Beranak Cedera

20/06/2022
0

KOTA KINABALU : Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mengerikan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Alam Mesra,...

Next Post
EXCO Pahang, Johari Harun, Antara 10 Korban Jet Persendirian Di Elmina

EXCO Pahang, Johari Harun, Antara 10 Korban Jet Persendirian Di Elmina

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd