• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mohon Bicara 1MDB Batal, Diri Dilepas Dan Dibebaskan

oleh Mohd Arshad
14/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Mohon Bicara 1MDB Batal, Diri Dilepas Dan Dibebaskan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pada awal prosiding hari ini, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, bahawa pihaknya mendapat arahan bekas Perdana Menteri itu untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu pada pagi tadi dan Najib turut mengikrarkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan berkenaan.

Beliau berkata, permohonan dibuat susulan pendedahan Sequerah pada bulan lalu bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini.

“Dalam keadaan (sekiranya) Yang Arif membenarkan permohonan kami ini (supaya Sequerah menarik diri), kami memohon keseluruhan perbicaraan ini dibatalkan dan tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan.

“Secara alternatif, pilihan kedua ialah perbicaraan ini didengar oleh hakim baharu, dan pilihan ketiga ialah supaya perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim Mahkamah Tinggi yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Sequerah mengingatkan orang awam tidak dibenarkan berbincang mengenai perkara berkenaan secara terbuka, dan menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan terbabit.

Ia susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Dalam prosiding pada 26 Julai lalu, Sequerah berkata, beliau perlu mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co) ketika beliau menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapatkan pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Pada 7 Julai lalu, Jasmine yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, ditahan polis bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana 1MDB.

Prosiding kemudian bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

-Berita Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKes 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: 94 Laporan Berkaitan Salah Guna Kad Pengenalan

Next Post

Sanusi Mohon Maaf Serta Maafkan Pihak Menyerangnya

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

07/04/2025
0

Putrajaya: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada memanggil polis untuk memberikan taklimat mengenai...

Next Post
Sanusi Mohon Maaf Serta Maafkan Pihak Menyerangnya

Sanusi Mohon Maaf Serta Maafkan Pihak Menyerangnya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd