• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Perpaduan Negara Mohon Peruntukan Diperbanyak

oleh AK-47
31/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Perpaduan Negara Mohon Peruntukan Diperbanyak
Share on FacebookShare on Twitter

Peruntukan bagi pelaksanaan pelbagai program ke arah memantapkan perpaduan kalangan masyarakat majmuk dalam negara akan dipohon untuk dipertingkatkan menerusi Belanjawan 2024 yang akan dibentang Oktober ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia bagi membolehkan pelbagai program berkonsepkan perpaduan yang telah dirancang dapat dilaksanakan tahun hadapan.

“Memang kami ada mohon (peruntukan) untuk diperbanyakkan tetapi saya tidak boleh sebut (butirannya) buat masa ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sambutan Anak Merdeka di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn, di Kuala Lumpur hari ini.

Aaron berkata komitmen pihaknya adalah bagi memastikan usaha memperkasakan nilai perpaduan dilaksanakan berterusan dan tidak terhenti pada sambutan Hari Kebangsaan sahaja.

Antara lain, menurutnya setakat ini antara program yang telah diperkenalkan pihaknya termasuk lafaz Rukun Negara yang dibaca secara penuh dalam setiap program rasmi kerajaan dan sambutan Minggu Perpaduan.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencadangkan sekolah vernakular dihapuskan untuk merapatkan jurang antara kaum, Aaron berkata aliran sekolah itu sebaliknya antara komponen yang memupuk perpaduan antara kaum dalam negara.

“Melalui wacana dan forum yang kami laksanakan sebelum ini, kami dapati sekolah vernakular ini memberi manfaat kepada rakyat.

“Di Sabah dan Sarawak, 60 peratus pelajar bumiputera bersekolah di sekolah vernakular malah fasih berbahasa Cina. Maka ia (dakwaan itu) berlawanan,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Belanjawan 2024kementerian perpaduan negaraperuntukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Dua Lelaki Hina Sultan Selangor, Sultan Johor Di Facebook

Next Post

Grab Turut Meriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

Related Posts

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

22/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

Next Post
Grab Turut Meriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

Grab Turut Meriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd