• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

oleh AK-47
28/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Jabatan Peguam Negara mengkaji semula semua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Katanya, jika memo daripada Jabatan Peguam Negara yang didakwa ditujukan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan pertuduhan ke atas Najib yang tular baru-baru ini asli, beliau yakin jabatan itu akan mengambil tindakan segera bagi menggugurkan pertuduhan berkenaan.

“Rakyat khususnya kepimpinan dan ahli UMNO menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang dikenakan kepada Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Kami mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Najib benar-benar diberi keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Walkabout Program Jualan Desa Madani di Busana Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah dokumen yang didakwa ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan syarikat pelaburan petroleum antarabangsa (IPIC) setebal 12 muka surat bertarikh 10 September 2019 menyentuh berkenaan dengan enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi dari pasukan pendakwaan IPIC yang didakwa ditujukan kepada Tommy selaku Peguam Negara ketika itu.

-Utusan Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Najib Tun Razakkaji semula
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

20/12/2025
0

SEKINCHAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd