• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikrar Rukun Negara Dibaca Penuh Dengan Mukadimah

oleh Mohd Arshad
13/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ikrar Rukun Negara Dibaca Penuh Dengan Mukadimah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lafaz ikrar Rukun Negara kini akan diselaraskan bermula dengan bacaan penuh mukadimah, diikuti lima prinsip berkenaan di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata cadangan untuk dikembalikan lafaz Rukun Negara dibaca penuh itu diluluskan Kabinet pada 25 Julai lalu.

“Dengan kelulusan itu, sekarang kita menggerakkan aktiviti Eksplorasi Rukun Negara dengan bermulanya majlis peluncuran pada hari ini.

“Selepas ini, semua aktiviti membabitkan program Rukun Negara akan digerakkan ke seluruh negara dengan kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam meningkatkan usaha ini.

“Kita juga mencadangkan lafaz Rukun Negara dilakukan pada setiap kali majlis pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya pada Majlis Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara di sini, hari ini.

Aaron berkata, program eksplorasi yang dilancarkan hari ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dan Kementerian Perpaduan Negara yang telah merangka program di bawah Flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

“Usaha berkenaan adalah untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat dan membangkitkan sifat patriotisme dalam kalangan mereka.

“Sebelum ini, memang ada bacaan lafaz Rukun Negara, namun hanya pada lima prinsip.

“Apa yang kita mahu ialah mukadimah yang mengandungi cita-cita Rukun Negara kerana lima prinsip itu hanya rumusan tapi yang menyentuh hati ada pada cita-cita berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik disusun di bawah program itu bagi menyemarakkan penghayatan Rukun Negara di peringkat tadika, sekolah dan institusi pengajian tinggi, antaranya Dialog Anak Muda, Ekspresi Rukun Negara dan beberapa aktiviti lain.

Bernama-

Tags: ikrarmukadimahrukun negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

Next Post

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Related Posts

Hamas Ikrar Tidak Serahkan Tebusan Israel Sehingga Perang Gaza Tamat

Hamas Ikrar Tidak Serahkan Tebusan Israel Sehingga Perang Gaza Tamat

19/10/2024
0

BAITULMAQDIS: Hamas berikrar tidak akan membebaskan tebusan Israel yang diculiknya semasa serangan 7 Oktober 2023 terhadap Israel sehingga perang Gaza...

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

21/01/2024
0

BRUSSELS - Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin...

Next Post
Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd