• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Hamil Termasuk Bukan Warganegara Diberi Vaksin Tdap Secara Percuma Tahun Depan

oleh AK-47
28/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Hamil Termasuk Bukan Warganegara Diberi Vaksin Tdap Secara Percuma Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata berkata inisiatif baharu berkenaan, yang melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil pada setiap tahun, bertujuan mengurangkan risiko jangkitan pertussis terutamanya dalam kalangan bayi berusia bawah lima bulan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaannya akan bermula setelah urusan perolehan bekalan vaksin Tdap selesai dan bekalan vaksin berkenaan tersedia di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

“Apabila dilaksanakan kelak, semua ibu hamil, termasuk bukan warganegara, akan diberikan satu dos vaksin Tdap ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara,” katanya.

Menurut Dr Zaliha, pemberian vaksin Tdap kepada ibu hamil akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi berkenaan lahir dan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada umur lima bulan, melalui antibodi dari tubuh ibu yang dipindahkan kepada bayi dari dalam kandungan.

Beliau berkata bayi berumur bawah lima bulan merupakan kumpulan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis dan mengalami komplikasi penyakit berkenaan seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.

Dr Zaliha berkata ia berlaku kerana antibodi dalam tubuh bayi hanya akan mencapai tahap perlindungan yang optimum apabila bayi lengkap menerima tiga dos vaksin pertussis yang diberikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan apabila berumur lima bulan.

Bagi tahun ini sehingga 23 Ogos, katanya sebanyak 343 kes Pertussis dengan 24 kematian dilaporkan di Malaysia.

Daripada 343 kes pertussis yang dilaporkan itu, 173 kes atau 50.4 peratus merupakan bayi berusia bawah lima bulan, manakala daripada 24 kematian yang dicatatkan pula, 19 kematian adalah dalam kalangan bayi berusia bawah lima bulan.

-Harian Metro

Tags: ibu hamilVaksin Tdap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahu Bunuh Diri Kerana Isteri Minta Cerai

Next Post

Petugas SPR Tegur Jentera PH Langgar Waktu Permit Kempen

Related Posts

Ibu Hamil Bakal Terima Vaksin COVID-19 Tempoh Terdekat

25/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ibu hamil yang sudah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di aplikasi MySejahtera akan mendapat janji temu bagi...

100,000 Ibu Hamil Daftar Untuk Suntikan Vaksin COVID-19

21/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menerima hampir 100,000 permohonan daripada ibu hamil di seluruh negara bagi mendapatkan...

Next Post
Petugas SPR Tegur Jentera PH Langgar Waktu Permit Kempen

Petugas SPR Tegur Jentera PH Langgar Waktu Permit Kempen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd