• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Beras SST Sedang Diselaraskan

oleh Mohd Arshad
28/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Beras SST Sedang Diselaraskan
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang menyelaraskan harga beras Super Spesial Tempatan (SST) bagi memastikan tiada kenaikan harga di pasaran.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata satu dialog dengan pengilang beras tempatan sudah dijalankan beberapa hari lalu bagi tujuan penyelarasan itu.

Beliau berkata, pertemuan itu membabitkan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood bersama pengilang di seluruh negara.

“Yang penting kita dapat menyelaraskan harga beras ini (SST) memandangkan beras import banyak di pasaran dan harga pun lebih tinggi,” katanya selepas Program Santai Peladang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekalan beras SST dilaporkan kehabisan stok menyebabkan pengguna terpaksa membeli beras lebih mahal dan import berkualiti tinggi.

Kekurangan itu disebabkan cuaca panas dengan pengeluaran padi negara terjejas hingga berlaku isu kekurangan bekalan beras jenis berkenaan di pasaran.

Bagaimanapun Mohamad berkata pihaknya setakat ini belum menerima laporan berhubung kekurangan beras SST.

“Belum ada laporan, kalau ada kami akan bertindak pantas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ketika ini bahagian penguatkuasaan Pengawalan Padi dan Beras bergerak cergas untuk memastikan tidak berlaku perubahan kampit dan lain-lain isu.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya memaklumkan beberapa negara pengeksport beras di dunia sudah mengumumkan untuk mengurangkan eksport bahan makanan itu.

Katanya, India antara negara yang mengumumkan pengurangan eksport beras selain Vietnam akan mengikut jejak langkah terbabit.

“Thailand belum umum lagi tapi kita perlu berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapinya jikalau negara pengeksport beras itu memberhentikannya dengan serta-merta.

“Kita kena bersedia, penanaman padi di negara perlu dipertingkatkan hasilnya, baja, pengairan. Sebab itulah kerajaan berbelanja hampir RM4 bilion untuk membuat pengairan baharu bagi membolehkan penanaman padi lima musim untuk dua tahun dilakukan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: berasHarga Beras SSTSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd