• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Lemas Lepas Cuba Selamatkan Anak

oleh AK-47
31/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bapa Lemas Lepas Cuba Selamatkan Anak
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Kegembiraan tiga beranak menghabiskan cuti Hari Kebangsaan dengan berkelah di tepi Pantai Miami, Jalan Batu Feringgi di sini, bertukar tragedi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam kejadian itu, Haryadi Salleh, 43, yang berasal dari Jitra, Kedah dikatakan mahu menyelamatkan anaknya yang hampir lemas sebelum dia sendiri tenggelam dan ditemukan lemas.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Tanjung Bungah (PA) Leftenan Mohd Lili Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

“Anak mangsa berusia 13 tahun hampir lemas sebelum mangsa cuba menyelamatkannya.

“Namun sebaik anaknya berjaya diselamatkan orang awam, mangsa pula dikhuatiri lemas sebelum ditemukan kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kes diserah kepada polis sebelum mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Tambah beliau, mangsa dikatakan datang bercuti ke Pulau Pinang bersama isteri dan anaknya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, seramai lapan anggota termasuk dua dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Keadaan ombak pada ketika itu tidak bergelora walaupun selepas hujan dan pantai juga dipenuhi dengan pengunjung yang berkelah serta mandi manda,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Mohd Lili berkata hari ini turut berlaku kes di Pantai Bayu Senja, Batu Feringghi, di sini, apabila dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun hampir lemas namun berjaya diselamatkan.

“Kejadian itu berlaku pada jam 2.50 petang dan kedua-dua mangsa kini berada di hospital bagi diberi rawatan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd