• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayob Khan Sahkan 15 Pegawai, Anggota Polis Bersama Seorang TPR, Pendaftar Mahkamah Ditahan

oleh AK-47
20/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Ayob Khan Sahkan 15 Pegawai, Anggota Polis Bersama Seorang TPR, Pendaftar Mahkamah Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Gombak : Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan, pagi semalam.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menurutnya, turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang timbalan pendakwa raya (TPR) dan pendaftar mahkamah.

“Seramai 14 daripada 15 pegawai dan anggota yang ditahan itu didapati positif dadah, manakala dua lagi penjawat awam yang ditahan juga positif dadah.

“Tindakan lanjut sudah diambil, yang pertama mereka ditahan kerja dan kita sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah di sini, hari ini.

Ayob hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua pegawai dan anggota terbabit buat masa ini diberi jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

Menurutnya, tindakan itu diambil bukan hanya selepas serbuan itu ditularkan di media sosial tetapi ia tetap dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang ditahan dalam operasi pusat hiburan.

“Kita tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana yang kita tangkap dalam operasi pusat hiburan, kita akan ambil tindakan tegas…bukan dikenakan (tindakan) selepas dihebahkan portal tertentu, tidak.

“Boleh tengok rekod tahun ini sahaja, seramai 741 tindakan tatatertib diambil dan lebih kurang 60 (pegawai dan anggota) sudah dibuang kerja setakat Julai,” katanya.

Beliau berkata, proses tatatertib berkenaan akan mengambil masa panjang dan meminta orang ramai tidak menganggap pihak polis melepaskan pegawai dan anggota terbabit tanpa tindakan.

“Mereka (suspek) diberi jaminan polis, itu proses biasa. Jangan tanya pula kenapa dibebaskan, itu proses biasa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Walaupun saringan awal positif, kita akan hantar sampel kepada patologi yang mungkin akan ambil masa sebulan,” katanya.

Ayob berkata, jika disabit kesalahan pegawai dan anggota polis terbabit boleh digantung kerja sementara rayuan dibuat di mahkamah.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban.

Semua pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

-Harian Metro

Tags: anggota polispegawaiPendaftar MahkamahpolisTahanTPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd