• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Pengadil Jalani Latihan VAR

oleh Mohd Arshad
29/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
40 Pengadil Jalani Latihan VAR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pengadil tempatan bersama 14 ‘replay operator’ sedang menjalani latihan fasa kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) bermula 26 Ogos hingga 11 September ini sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan teknologi itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menurut hantaran Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kursus latihan selama 17 hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, itu dikendalikan tenaga pengajar VAR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Tamer Dorry dari Mesir dan dibantu pakar teknologi VAR dari Poland, Sebastian Andrzej Szelag.

Latihan fasa kedua itu meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan 150 klip video bagi setiap pengadil.

Proses latihan itu akan memberi penekanan terhadap aspek penggunaan teknologi simulator VAR yang berkonsepkan ‘minimum interference, maximum benefits’ tanpa merencatkan kelancaran perlawanan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, berkata badan induk itu sentiasa komited terhadap pembangunan serta kebajikan pengadil dan berharap pelaksanaan VAR dapat mengurangkan kesilapan dalam perlawanan.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa atas sokongan serta bantuan teknikal yang telah diberikan sepanjang latihan ini diadakan.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tamer (Dorry) dan Sebastian (Andrzej Szelag) kerana sudi hadir mengendalikan kursus ini. Semoga dengan usaha bersama ini, barisan pengadil di Malaysia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada penghujung latihan ini,” katanya.

Latihan VAR fasa ketiga dijangka diadakan pada November dan Disember ini.

Sebelum ini, FAM menjangkakan VAR akan digunakan dalam saingan Liga-M pada final Piala Malaysia, Disember ini.

Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb, di Stadium Nasional di Bukit Jalil dengan ia dikendalikan sepenuhnya AFC.

Bernama-

Tags: Latihan VARPengadil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

Next Post

Shen Yi, Yi Yi Pulang Ke China Hari Ini

Related Posts

Tiada VAR, GLT Untuk Liga Malaysia Musim 2020

07/11/2019
0

PETALING JAYA - Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Teknologi Garisan Gol (GLT) tidak akan mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M)...

TMJ Bidas Mutu Pengadil Lemah Di Final Piala Malaysia

28/10/2018
0

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas mutu pengadilan yang lemah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu...

Next Post
Shen Yi, Yi Yi Pulang Ke China Hari Ini

Shen Yi, Yi Yi Pulang Ke China Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd