• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

oleh Mohd Arshad
19/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, hari ini.

Katanya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

“Logo ini adalah untuk sambutan rasmi Hari Kebangsaan PN sama ada digunakan dalam ucapan pimpinan (PN), khususnya peringkat Pemuda dan parti yang bernaung di bawah PN.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang berada di bawah PN juga akan menggunakan tema sama, cuma saya tak boleh bercakap bagi pihak kerajaan negeri.

“Bagi Pemuda PN, kita akan cuba bertemu kerajaan negeri sebab mereka pasti ada persiapan masing-masing. Kalau belum terlewat, kita tidak menolak kemungkinan bertemu kerajaan negeri di bawah PN untuk guna tema dan logo yang sama (untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri),” katanya pada sidang media pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Selain itu, katanya, logo Malaysia MADANI diangkat menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023, yang memiliki reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan logo serta tema berbeza itu dilihat sebagai tindakan PN mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan, Ahmad Fadhli yakin rakyat boleh menerima tindakan seperti itu.

“Rakyat boleh menerima tindakan seperti ini, yang dicerminkan dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, bahawa rakyat menerima langkah politik daripada PN,” katanya.

BHonline-

Tags: Hari KebangsaanlogoPNtema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan kajian serta 'post-mortem' menyeluruh susulan hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Kejadian Rogol, Cabul Dan Bunuh Babitkan Pelajar Semakin Tak Terkawal, Pembangkang Gesa Kerajaan Ambil Langkah Drastik

Kejadian Rogol, Cabul Dan Bunuh Babitkan Pelajar Semakin Tak Terkawal, Pembangkang Gesa Kerajaan Ambil Langkah Drastik

16/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik dengan kadar segera bagi memastikan isu keselamatan pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd