• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

101 Ahli Sindiket Tipu Pelaburan Dalam Talian Ditahan

oleh Mohd Arshad
10/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
101 Ahli Sindiket Tipu Pelaburan Dalam Talian Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis menahan 101 individu dipercayai ahli sindiket yang menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian menggunakan nama GCM Asia menerusi serbuan di dua lot premis di pusat perdagangan Subang Jaya, Isnin lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata dalam serbuan pada jam 12.20 tengah hari itu, kesemua individu termasuk 36 wanita yang ditahan adalah warganegara tempatan berusia lingkungan 19 hingga 41 tahun.

Katanya, tangkapan terdiri daripada pengurus, pengurus operasi, juruteknik bahagian teknologi maklumat (IT) dan pekerja khidmat pelanggan (operator) pusat panggilan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati premis berkenaan beroperasi lebih kurang setahun dengan menggunakan nama pelaburan GCM Asia yang mana mereka menggunakan media sosial dan rangkaian internet dalam mempromosikan pelaburan manakala operator di bahagian pemasaran akan membuat panggilan kepada orang ramai melalui nombor telefon yang dibekalkan oleh ketua sindiket dalam komputer melalui perisian.

“Tugas operator adalah memberi penerangan dan meyakinkan mangsa supaya melabur dalam pelaburan GCM Asia serta memberi tunjuk ajar bagaimana mendaftar dalam aplikasi GCM Asia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pelabur (mangsa) akan diberikan pautan untuk melayari laman web GCM Asia dan membuat pendaftaran dan seterusnya membuat pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan.

Jelasnya, pelaburan itu menawarkan pakej pelaburan dalam bidang Forex, emas, minyak, saham dan lain-lain dengan jumlah minimum 100 Dolar Amerika Syarikat dan pelabur dijanjikan dengan pulangan lumayan dalam tempoh masa yang singkat.

Beliau berkata, menerusi serbuan itu, polis turut membuat rampasan 94 komputer, 47 telefon pejabat, 96 telefon bimbit dan masing-masing satu modem dan router.

“Sasaran sindiket ini adalah warganegara Malaysia dan sehingga kini, anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa sudah mencecah RM2 juta dan kita percaya jumlah kerugian akan terus meningkat susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa-mangsa.

“Polis masih giat mengesan dalang utama sindiket ini dan untuk makluman, GCM Asia ini juga sudah disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia sejak dua tahun lalu,” katanya.

Hussein berkata, kesemua suspek direman sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Hussein menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam mencari pekerjaan dalam media sosial yang menawarkan gaji yang lumayan.

“Polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak bekerja dengan sebarang sindiket penipuan dan menjadikan pekerjaan yang menjalankan penipuan atas talian sebagai sumber pendapatan,” katanya.

BHonline-

Tags: ditahansindikettipu pelaburan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Singapura Gerakkan 2 Jet Pejuang Kerana Helikopter Dari Malaysia

Next Post

Hujan, Ribut Petir Diramal Pada Hari Mengundi

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

26/03/2025
0

SUNGAI BESAR: Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam mangkuk tandas...

Next Post
Hujan, Ribut Petir Diramal Pada Hari Mengundi

Hujan, Ribut Petir Diramal Pada Hari Mengundi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd