• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

oleh Mohd Arshad
07/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan yang menyalahi tadbir urus dan tata kelola.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Dalam tujuh bulan ini, belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan) kerana kita tegas jaga tata kelola ini, elak dari rasuah dan ketirisan,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 warga peneroka Felda sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023, di sini hari ini.

“Kita hadapi masalah ekonomi yang berat, hutang begitu banyak, masalah tak selesai tapi saya yakin sekiranya kita di landasan betul, elak ketirisan, elak tamak haloba, elak nafsu serakah, (elak) ambil kekayaan bukan hak kita, saya yakin Malaysia akan bangkit sebagai negara hebat dan gagah di rantau ini,” katanya.

Anwar berkata walaupun Kerajaan Perpaduan dianggotai pelbagai parti seperti PKR, DAP, UMNO, Amanah dan Gabungan Parti Sarawak, namun tiada unsur-unsur sabotaj berlaku seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya dalam PH (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (daripada) UMNO, tapi kita ambil keputusan demi Felda, demi kehidupan orang Melayu, dan rakyat Malaysia kita ambil bersama angkat martabat negara ini untuk hebat semula.

“Bila saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk tolong Felda, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, disokong Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Inilah perpaduan yang membawa kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.

Anwar pada majlis itu menyatakan komitmen kerajaan untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Anwar turut mengingatkan pengurusan Felda supaya lebih cekap mengurus, tidak mengizinkan sebarang ketirisan, tidak boros dan tidak mengizinkan pelaburan yang merugikan Felda.

“Jika tidak diurus dengan baik, izinkan pemborosan, amalan melabur ikut suka hati… inilah jadinya sehingga kerajaan terpaksa tanggung hutang sehingga RM8.3 bilion,” katanya.

Anwar dalam pada itu berkata beliau telah memberi kebenaran untuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjelajah ke kawasan Felda bagi membantu meningkatkan kemudahan asas di kawasan tanah rancangan itu seperti menyelesaikan benda-benda kecil seperti lampu jalan dan tandas sekolah.

“Felda di bawah tanggungjawab saya, maka saya beri ruang kepada Ahmad Zahid dan kementerian beliau, baik dari segi peruntukan atau bidang kuasa yang saya fikir boleh dilakukan beberapa perubahan yang diperlukan tanpa terikat dengan peraturan dan dasar yang lama.

“Saya beri ruang di mana mampu atau boleh dikendali dengan bantuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk (ke Felda) tanpa kerenah, tukar peraturan yang halang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk supaya program boleh berjalan lancar,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada warga Felda dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang pada Oktober depan.

-Berita Harian

Tags: kerajaan perpaduanMenteri Kerajaan Perpaduantadbir urusTata Kelola
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Jumpa Elon Musk Minggu Depan

Next Post

Felda Diberi Tumpuan Khusus Dalam Belanjawan Madani 2024

Related Posts

Zahid Dedah Wujud Usaha Keluarkan BN Dari Kerajaan Perpaduan

Zahid Dedah Wujud Usaha Keluarkan BN Dari Kerajaan Perpaduan

01/12/2024
0

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada usaha membawa keluar Barisan Nasional (BN) daripada Kerajaan...

BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry

BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan memperkuatkan...

Next Post
Felda Diberi Tumpuan Khusus Dalam Belanjawan Madani 2024

Felda Diberi Tumpuan Khusus Dalam Belanjawan Madani 2024

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd