• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Digesa Tidak Sembunyi Kes Buli, Cegah Kejadian Buruk

oleh Mohd Arshad
06/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sekolah Digesa Tidak Sembunyi Kes Buli, Cegah Kejadian Buruk
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Pentadbiran sekolah terutama sekolah berasrama di negeri ini, digesa tidak menyembunyikan sebarang insiden atau kes buli termasuk penderaan dalam kalangan pelajar mereka bagi mencegah kejadian lebih buruk berlaku.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sekolah yang menyembunyi atau membiarkan perbuatan berkenaan berlaku terutama sehingga mengancam nyawa pelajar.

Beliau berkata, langkah melaporkan perbuatan buli kepada pihak berkuasa bertujuan mengekang kejadian lebih buruk terhadap mangsa seperti trauma sehingga memberi kesan negatif pada kehidupan pelajar berkenaan.

“Kes buli ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada pelajar sama ada mangsa atau pembuli dan kebanyakan kes buli atau ‘ragging’ ini berlaku semasa sesi orientasi antara pelajar senior dan junior.

“Namun, di sesetengah sekolah terutama di sekolah asrama perbuatan ini menjadi kebiasaan dan berpanjangan selepas berakhir sesi orientasi sehingga memberi kesan fizikal dan mental kepada mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kempen ‘Sifar Buli’ juga akan diperhebat bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran berkaitan kesan atau implikasi buli dalam kalangan pelajar sekolah harian atau sekolah asrama.

Katanya, kempen berkenaan juga bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan harmoni kepada pelajar.

Rahmad berkata ibu bapa turut diminta prihatin dengan perubahan tingkah laku anak mereka dan mengambil berat aspek pembelajaran serta hubungan anak dan rakan di sekolah supaya masalah dihadapi anak dapat ditangani di peringkat awal.

Hari ini media melaporkan, bapa kepada remaja lelaki yang mencekik hingga mati adik kandungnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu di sini semalam, Najli Yakob, 42, mendakwa anak sulungnya berusia 14 tahun itu, adalah mangsa buli di sebuah sekolah menengah Arab di Alor Gajah.

Najli mendakwa, kelakuan remaja lelaki itu berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lepas dan suspek sebelum ini pernah memaklumkan kepadanya tentang kes buli menimpanya, malah laporan polis juga dibuat tetapi tiada tindakan lanjut diambil pihak berkuasa.

Beliau juga percaya kesan perbuatan tersebut menyebabkan anaknya itu mengalami trauma sehingga sering meracau.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, dilaporkan maut selepas dicekik abangnya.

Bernama-

Tags: kes buliSekolahSembunyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd