• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruffedge That Moment In Time Live In Kuala Lumpur

oleh Mohd Arshad
27/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ruffedge That Moment In Time Live In Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

YOLO x Ruffedge Akan Bawakan Artis Jemputan Khas Bagi Memenuhi Kerinduan Peminat Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Setelah berjaya menawan hati peminat mereka di Singapura dalam sebuah konsert istimewa Ruffera ‘That Moment In Time’ yang menampilkan DJ Uno di dewan utama The Theatre Mediacorp pada 24 Jun 2023, YOLO Malaysia akan membawakan penampilan khas oleh artis yang tidak asing lagi iaitu LAH AHMAD serta penyanyi utama kumpulan INSOMNIAC, IQIE yang hadir bersama kumpulan vocal baru beliau DISTORTED.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka akan mengadakan persembahan bersama RUFFEDGE di konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ live in Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2023.

“Pertama sekali terima kasih kepada peminat-peminat Ruffedge di Singapura yang hadir menyaksikan persembahan istimewa mereka yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ini.

“Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan khas persembahan daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

Di samping itu, kami juga membawa bakat baru dalam industri seni ZEPPO YOUNGSTERZ yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian BODY ROCK USA di Amerika Syarikat baru2 ini” kata Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

Menurut Sein, “Pemilihan Lah Ahmad sebagai artis undangan khas pada malam konsert nanti adalah disebabkan kami mempunyai keserasian dalam persembahan serta kami juga bakal mengeluarkan lagu single bersama Lah yang akan dimuatkan didalam album terbaru RUFFEDGE yang bakal dipasarkan tidak lama lagi”.

Tambah Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Dengan menerapkan konsep pemodenan ke dalam YOLO x Ruffedge Ruffera ‘That Moment In Time’, kami juga akan membawakan penampilan umum sulung kumpulan R&B baru ‘DISTORTED’ yang dianggotai oleh Eneyqay, Sinolated serta IQIE yang juga penyanyi kumpulan INSOMNIACS.

Pemilihan mereka adalah disebabkan RUFFEDGE percaya mereka akan menjadi pelapis kumpulan R&B di tanah air kita ini”

Dengan mengekalkan DJ UNO sebagai artis undangan tetap bagi Ruffera ‘That Moment In Time’ Live In Concert, penonton semua akan disajikan dengan alunan muzik di zaman kegemilangan R&B & Hip Hop satu ketika dahulu.

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan terus menerus memberikan lebih banyak lagi konsert-konsert bertaraf dunia yang akan mewarnai persada muzik negara mahupun luar.

Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Kami telah menetapkan penanda aras untuk kesemua konsert yang dianjurkan oleh YOLO, dan ini ternyata salah satu kejayaan terbesar kami yang berjaya dikecapi untuk lebih lagi persembahan yang hebat di masa-masa akan datang.

Jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda ke konsert Ruffera ‘That Moment In Time Tour’ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 ini di Mega Star Arena dengan kemunculan artis istimewa yang akan diumumkan kelak pada harga seperti berikut: RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax) di laman web yoloasia.com.

Dan nantikan pengumuman konsert-konsert besar lainnya seperti Noah ‘Southeast Asia Tour’ dan juga Hammersonic (Metal Music Festival) di Kuching, Sarawak.

Mynewshub-

Tags: KonsertRuffedge
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Mahu Sequerah Menarik Diri Dengar Kes 1MDB

Next Post

‘Dato Malik’ Bebas Dengan Jaminan

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

Next Post
‘Dato Malik’ Bebas Dengan Jaminan

‘Dato Malik’ Bebas Dengan Jaminan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd