• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya Akan Dibangunkan Semula

oleh Mohd Arshad
20/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya Akan Dibangunkan Semula
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pusat beli-belah Alamanda yang juga antara pusat perniagaan pertama di Putrajaya akan dibangunkan semula bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, berkata kumpulan sudah mewartakan pelan pembangunan Alamanda.

Beliau berkata, ia adalah pembaharuan terbesar untuk Alamanda sejak pembukaannya pada 2004.

“Proses pembangunan sudahpun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat 2024.

“Pengubahsuaian ini adalah projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini,” katanya.

Alamanda dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi.

Brien berkata, projek pengubahsuaian itu akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Beliau berkata, dengan penambahan keluasan kawasan boleh disewa bersih (NLA) sebanyak 50,000 kaki persegi, pembaharuan Alamanda bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.

Malah, sejajar dengan usaha penambahbaikan itu, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur.

Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu selain sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan serta pembaharuan landskap dari sudut reka bentuk dan penggunaan.

Alamanda, katanya sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai pusat membeli belah tetapi lebih kepada lokasi keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama.

“Pembangunan semula itu pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati,” katanya.

BHonline-

Tags: dibangunkan semulaPusat beli-belah AlamandaPutrajaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Pengasas, Pengikut Ajaran Sesat SiHulk Sebenarnya Pengecut’ – Mohd Fared

Next Post

PH, BN Raih 74 Peratus Sokongan Pengundi Selangor – Tinjauan IDE

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin

Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin

13/09/2023
0

PUTRAJAYA – Orang ramai yang melalui laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 dan 16, di...

Next Post
PH, BN Raih 74 Peratus Sokongan Pengundi Selangor – Tinjauan IDE

PH, BN Raih 74 Peratus Sokongan Pengundi Selangor - Tinjauan IDE

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd