• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto

oleh Mohd Arshad
17/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang peniaga kerugian sebanyak RM870,000 setelah diperdaya oleh seorang wanita melalui pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun telah dihubungi oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp dan memaklumkan kepada mangsa bahawa dia mendapat keuntungan besar dalam pelaburan mata wang kripto.

“Akibat terpedaya dengan suspek, mangsa telah mula membuat pelaburan sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam aplikasi mata wang kripto.

“Dalam pelaburan yang pertama itu, mangsa telah beroleh keuntungan sebanyak RM1,000 termasuk modal yang dilaburkan. Kemudian, suspek meminta mangsa membuat pelaburan dengan amaun yang banyak bagi meraih keuntungan lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian dan melalui kaunter bank di tiga akaun bank yang diberikan suspek padanya.

“Jumlah transaksi yang dilakukan oleh mangsa ialah sebanyak RM870,000 kepada tiga akaun bank tersebut. Mangsa telah dijanjikan satu pulangan lumayan berjumlah RM1.5 juta daripada pelaburan kali ini,” katanya.

Tambahnya, selepas itu mangsa telah menghubungi suspek untuk membuat pengeluaran namun suspek telah memberi pelbagai alasan termasuk mengenakan caj bayaran proses sebanyak 30 peratus.

“Sehingga kini mangsa sama sekali tidak menerima sebarang pembayaran di atas pelaburan itu. Menyedari dirinya telah diperdaya, mangsa telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada malam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” jelasnya.

Kosmo-

Tags: Mata wang kriptopelaburanpeniagaRugi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd