• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

oleh Mohd Arshad
26/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu tadbir urus pertubuhan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad, menjelaskan pembatalan terhadap MTC itu dibuat selaras Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

“Pembatalan (dibuat) selepas siasatan berkenaan beberapa isu, khususnya pelanggaran perlembagaan dan isu tadbir urus pertubuhan,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perincian hasil siasatan ke atas MTC.

Sementara itu, Sekretariat MTC pula mendakwa pembatalan pertubuhan itu didalangi motif tersembunyi sesetengah pihak, biarpun pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutifnya komited mematuhi garis panduan pendaftaran yang ditetapkan.

Sekretariat MTC mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memecahbelahkan MTC, selain berharap untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi membincangkan perkembangan itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, pertemuan berkenaan antara lain bagi membincangkan resolusi yang boleh dirangka bagi mengekalkan fungsi MTC dalam mendepani cabaran berhubung sektor pelancongan negara.

“MTC berharap perkara ini dapat diselesaikan secara berperlembagaan serta keadilan dapat ditegakkan sewajarnya.

“Pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif MTC kekal teguh dan komited terhadap perlembagaan serta prinsip persatuan, selain setiap tindakan diambil dibuat secara teliti, telus dan mematuhi peruntukan perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan RoS membatalkan pendaftaran pertubuhan MTC, berkuat kuasa Khamis lalu.

Bekas Setiausaha Agung MTC, Datuk Noorzaleha Baharuddin, berkata pembatalan itu dibuat selepas RoS mendapati MTC dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk kesalahan dilakukan MTC yang menyebabkan RoS membatalkan pertubuhan berkenaan.

Difahamkan, pembatalan berkenaan ada kaitan dengan isu tertentu membabitkan pertubuhan pelancongan tempatan itu yang bertindak membantu kerajaan memasarkan serta mempromosikan produk pelancongan domestik.

Pada 22 Oktober lalu, Presiden MTC, Uzaidi Udanis dilapor menamatkan keahlian Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) secara tiba-tiba, tanpa menyatakan alasan kukuh.

Rentetan itu, MATA mengemukakan aduan rasmi kepada RoS, menggesa jabatan berkenaan membuat siasatan berhubung tindakan terbabit, pada 6 Januari lalu.

Difahamkan, RoS menerusi hasil siasatan itu mengeluarkan notis Seksyen 31(2) Akta Pertubuhan kepada MTC kerana dengan sengaja melanggar perlembagaan berdaftar.

Ini kerana, penamatan keahlian MATA dikatakan menyalahi undang-undang serta tidak mengikut peraturan, selain MTC turut didakwa melakukan tujuh pertuduhan lain, antaranya menukarkan pihak tidak diiktiraf untuk menandatangani cek pertubuhan itu.

MTC juga didakwa melantik setiausaha baharu yang tidak sah, melanggar perlembagaan berdaftar dan membelanjakan wang pertubuhan melebihi RM100,000 tanpa kelulusan Mesyuarat Agung MTC.

Selain itu, Mesyuarat Agung Tahunan 2022 didakwa dibuat tidak mengikut perlembagaan; mengguna atau membuat pertukaran alamat berdaftar, tempat urusan dan surat menyurat tanpa kebenaran RoS, selain EXCO MTC berdepan kemungkinan pertuduhan pecah amanah.

-Berita Harian

Tags: Isu Tadbir UrusLanggar PerlembagaanPendaftaran MTCROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

Next Post

Hakim 1MDB Dedah Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

‘Jika Surat ROS Benar, Maknanya Usul Ketika PAU UMNO Tidak Sah’ – Khairy

‘Jika Surat ROS Benar, Maknanya Usul Ketika PAU UMNO Tidak Sah’ – Khairy

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mempersoalkan keabsahan satu surat yang tular hari ini, mengenai keputusan Jabatan...

Next Post
Hakim 1MDB Dedah Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo

Hakim 1MDB Dedah Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd