• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong

oleh Mohd Arshad
11/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, menerusi aplikasi WhatsApp, November lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Ab Malik Hussain, 62, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam kumpulan WhatsApp ‘Soal Jawab Tasawuf-(Sufi)’.

Perbuatan itu dilakukan jam 8.20 malam dan 8.23 malam, 22 November lalu di Batu 10, Kampung Pulau Padang Bota Kiri, dalam daerah Perak Tengah, dan telah dibaca pada kira-kira 8.30 malam pada hari yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, didakwa di bawah Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Ab Malik berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya untuk setiap pertuduhan dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Ahmad Mod Said menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Mohamad Khazali Yin dalam rayuannya memohon jaminan minimum RM3,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya perlu menyara seorang isteri berusia 58 tahun yang tidak bekerja, serta dua anak masing-masing berusia 13 dan 10 tahun.

Mohamad Khazali juga memaklumkan tertuduh hanya mendapat RM200 untuk setiap ceramah dengan anggaran tawaran empat ke lima kali sebulan.

Hakim Azizah Ahmad kemudiannya menetapkan ikat jamin RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan 14 Ogos ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bernama-

Tags: hantaran jelikHina Agongpenceramah bebas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Threads Capai 100 Juta Pengguna Dalam Masa 5 Hari

Next Post

Peniaga Wanita Terlepas Hukuman Gantung

Related Posts

Serangan Iran Ke Atas Israel: Wisma Putra Perlu Bersedia, Pantau Rakyat Malaysia – TPM

Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’

14/04/2024
0

PONTIAN: Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap individu yang memuat naik hantaran di media sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan...

Pemilik Tiktok, Facebook Ugut PM, Hina Agong Ditahan

Pemilik Tiktok, Facebook Ugut PM, Hina Agong Ditahan

28/11/2023
0

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri di Jalan Padang Tembak, Kota...

Next Post
Peniaga Wanita Terlepas Hukuman Gantung

Peniaga Wanita Terlepas Hukuman Gantung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd