• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Calon N Sembilan Telus, Ikut Proses Ditetap Parti – Rafizi

oleh AK-47
30/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pemilihan Calon N Sembilan Telus, Ikut Proses Ditetap Parti – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilihan calon PKR di Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dilakukan secara telus dan mengikut proses ditetapkan parti, kata Timbalan Presidennya Rafizi Ramli.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata keputusan itu mengambil kira keseimbangan barisan calon dengan membuka ruang kepada golongan wanita, sesuai dengan usaha kepimpinan tertinggi PKR untuk memberi nafas baharu kepada parti.

“Kita ada tiga peringkat tapisan sebelum ia diputuskan oleh Presiden PKR (Anwar Ibrahim)… saya pun sebenarnya tidak tahu senarai akhir (calon yang telah disenarai pendek) itu sehingga diumumkan… kita nak kekalkan supaya ada penyertaan calon wanita lebih tinggi.

“…dulu sebelum Kerajaan Perpaduan, PKR boleh bertanding banyak kerusi, sekarang kita ada enam sahaja. Jadi enam itu kita nak pastikan satu pertiga itu wanita jadi calon di Negeri Sembilan, oleh itu, seseorang perlu mengundur diri. Keputusan itu bukan soal siapa dapat, siapa tak dapat, itu keputusan parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Program Jelajah MADANI di pekarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway di Seremban, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang dilaporkan mendakwa namanya tidak dicalonkan sebagai calon PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi itu atas arahan Rafizi dan pengerusi PH negeri Aminuddin Harun.

Pengarah Pilihan Raya PKR itu turut menafikan dakwaan bahawa nama Mohamad Rafie digugurkan disebabkan kelantangannya dalam mengkritik pimpinan Aminuddin sebagai Menteri Besar dengan mengambil contoh pencalonan muka baharu di negeri-negeri lain yang menghadapi PRN.

“Yang lain pun kena gugur juga… ada yang kritik kasar ke apa ada yang dikekalkan, sebab kalau tengok dalam PKR kali ini langsung tidak timbul soal faction (puak), tak ada langsung. Kita memerlukan keseimbangan penampilan sebab kalau tidak memang wanita takkan dapat tempat langsung,” katanya.

Selain Mohamad Rafie, turut digugurkan sebagai calon mewakili PH di negeri itu ialah penyandang DUN Sri Tanjung yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan M. Ravi, Michael Yek Diew Ching (penyandang DUN Chuah) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (penyandang DUN Pilah).

Nama-nama berkenaan diganti dengan muka baharu iaitu Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang bertanding kerusi DUN Ampangan, Dr Rajasekaran (Sri Tanjung), Yew Boon Lye (Chuah) dan Nur Zunita Begum (Pilah).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

-Malaysia Kini

Tags: Pemilihan CalonRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ucapan Zahid Di Terengganu Jelas Beri Sogokan – Tuan Ibrahim

Next Post

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi

Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengelasan kategori pendapatan T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan termasuk petrol dijangka dimuktamadkan suku pertama tahun...

Next Post
Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd