• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

oleh Mohd Arshad
30/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sebuah kawasan berhadapan pusat beli-belah di ibu negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, @humble_chef15, difahamkan perhimpunan tersebut diadakan semalam sambil dikawal ketat oleh pihak polis yang dilihat berada di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai apabila mempersoalkan perhimpunan sebegitu yang dibenar untuk diadakan secara terang-terangan.

Individu-individu tersebut yang juga semuanya lelaki itu dilihat memegang sepanduk bertulis ‘Gay bukan satu jenayah. Jadi gay bukanlah jenayah’ dan ‘Tiada siapa yang boleh adili manusia kecuali Tuhan’ sambil melaungkan sesuatu.

Ada juga sepanduk dipegang bertulis ‘Ahmadi Agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia’.

Difahamkan, perhimpunan itu diadakan selepas kecoh adegan biadab vokalis kumpulan The 1975 yang dikecam kerana menghina undang-undang negara berkaitan LGBT di Litar Antarabangsa Sepang, 22 Julai lalu.

Sehingga kini video perhimpunan LGBT di pusat beli-belah itu mendapat 103,800 tontonan, 878 tanda suka dan 1,314 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai mempersoalkan bagaimana perhimpunan ini dibenarkan dan mendoakan agar

“Memang pihak berkuasa tidak boleh buat apa-apa ke.. makin berani golongan ni,” komen Sara.

“Patutlah nampak ramai orang semalam dekat depan pusat beli-belah ini dalam pukul 5 petang. Rupanya pasal ini,” komen Shida.

“Mereka berani terang-terangan meminta sesuatu yang diharamkan dalam undang-undang Malaysia. Polis tolong ambil tindakan segera,” komen Ummu pula.

-Kosmo Online

Tags: LGBT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seludup Syabu RM3.36 Juta Dalam Bungkusan Serbuk Pencuci Ke Sabah

Next Post

Rampasan Wang RM38 Juta, Emas 200kg: Ahli Politik, Perniagaan Dalam Radar SPRM

Related Posts

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Pembangkang Cadang Masukkan LGBT Dalam Masalah Kesihatan Mental

Pembangkang Cadang Masukkan LGBT Dalam Masalah Kesihatan Mental

23/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dimasukkan dalam kategori...

Next Post
Rampasan Wang RM38 Juta, Emas 200kg: Ahli Politik, Perniagaan Dalam Radar SPRM

Rampasan Wang RM38 Juta, Emas 200kg: Ahli Politik, Perniagaan Dalam Radar SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd