• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Nafi Halang Akses, Padam Kandungan TikTok Sanusi

oleh Mohd Arshad
16/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MCMC Nafi Halang Akses, Padam Kandungan TikTok Sanusi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah meneliti kenyataan Muhammad Sanusi yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau.

“MCMC mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.

“Platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti,” katanya.

Muhammad Sanusi mendakwa akaun TikToknya disekat semalam, sekali gus menyifatkan tindakan berkenaan sebagai usaha menghalang kemaraan berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya itu bagi memudahkannya mendekati rakyat, khususnya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.

“Depa padam TikTok saya. Tak sat (tadi) kita buka, tak dak pi dah (sudah tiada). Kita baru dok (sedang) popular, medan kita nak jawab (isu) habislah.

“TikTok (saya) tak dak dah lah malam ni (sebab) kena padam, (ada) 5.2 juta ‘like’ habis (hilang), pengikut pun juta juga, nak buat lain, kena cari seorang demi seorang, lambat.

“Kalau mereka betul anak jantan, pulangkan TikTok saya,” katanya dalam satu ceramah di Baling, malam tadi yang disiarkan menerusi video dimuat naik pengguna TikTok yang kemudiannya tular hari ini.

Dalam video sama, Muhammad Sanusi mendakwa beberapa rakannya mengalami nasib sama apabila akaun TikTok disekat.

BHonline-

Tags: MCMCmuhammad sanusi md norTikTok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sanusi Mohon Ampun Sultan Selangor, Siasatan Tetap Diteruskan – Ketua Polis Negara

Next Post

Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

Related Posts

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

29/05/2025
0

Tokyo: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar...

Pemilik TikTok Jadi Individu Terkaya Di China

Pemilik TikTok Jadi Individu Terkaya Di China

27/03/2025
0

ISTANBUL - Pengasas ByteDance dan pemilik TikTok, Zhang Yiming menjadi individu terkaya di China, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik...

Next Post
Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd