• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

oleh Mohd Arshad
04/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, di sini bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk dan dijangka memulakan operasi pada 1 Mac 2025.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kemajuan projek LRT3 yang sedang rancak dilaksanakan itu setakat ini sudah mencapai 86 peratus termasuk kerja-kerja lain seperti sistem isyarat.

“Keseluruhan projek ini dijangkakan menelan belanja kira-kira RM16 bilion, jadi kita mengharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan saya yakin semua pihak akan bekerjasama untuk memastikan perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Mac 2025.

“Kita ada 22 set tren tiga koc, memang dalam tempoh ini sedang dilaksanakan ujian. Dijangkakan LRT3 mula beroperasi pada 1 Mac 2025 iaitu (sekitar) 18 hingga 19 bulan dari sekarang.

“Kita menjangkakan LRT3 bakal memberikan kemudahan kepada lebih 2 juta penduduk di sekitar Pantai Barat Lembah Klang terutamanya dari Petaling Jaya ke Klang.

“(Ini) kawasan yang padat dengan penduduk dan pembangunan dijangkakan setiap hari kita boleh memberikan kemudahan kepada puluhan ribu penumpang menggunakan LRT3,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau perkembangan dan prestasi Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini hari ini.

Loke berkata, kapasiti tren LRT3 ini boleh menampung 18,630 penumpang bagi setiap jam.

“Projek ini juga akan ada dua stesen pertukaran, iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan laluan MRT Kajang Line ke LRT3 dan Glenmarie yang menghubungkan antara Kelana Jaya Line dengan LRT3.

“Ia adalah keterhubungan yang baik, di tengah-tengahnya ada jejambat yang menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai 22 set tren pula katanya, semua tren berkenaan adalah tren baharu malah cukup selesa dengan ‘teknologi hijau supaya lebih mesra alam.

“Saya diberikan taklimat, tren itu sudah pun bersedia dan memang semua tren sekarang pun sedang diuji supaya ia dapat beroperasi dengan baik apabila laluan itu dibuka.

“(Koc penumpang wanita)..belum (ada) lagi, kita akan rancang perkara itu kemudian,” katanya.

Jelas beliau, ketika lawatan ke depoh dan pusat kawalan operasi LRT3 itu beliau juga membuat pandu uji di laluan percubaan menggunakan tren yang dihantar ke depoh.

“LRT3 adalah tambahan kepada pengangkutan awam di Lembah Klang dan juga satu sistem LRT yang penting untuk kita memastikan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam di Lembah Klang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: LRT3operasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LRT3 Dijangka Mula Operasi 31 Dis – Loke

LRT3 Dijangka Mula Operasi 31 Dis – Loke

17/11/2025
0

Kuala Lumpur: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada...

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd