• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Portal Berita Mahu Rosakkan Nama Guan Eng, Kata Zahid

oleh AK-47
09/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Laporan Portal Berita Mahu Rosakkan Nama Guan Eng, Kata Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Lim Guan Eng susulan laporan portal berita baru-baru ini yang dikatakan memutarbelitkan kenyataan pemimpin DAP itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan berkenaan memetik kenyataan Lim yang mendakwa PN akan memusnahkan tokong Buddha dan Cina jika gabungan itu berkuasa di Pulau Pinang.

Zahid, yang juga pengerusi BN berkata, kenyataan Lim itu adalah berdasarkan peristiwa lama dan laporan berita berkenaan bertujuan memburukkan nama pengerusi DAP itu.

“Saya juga baca laporan itu, ia berlaku beberapa lama yang sudah, tetapi ia diulangkan untuk robohkan nama Lim Guan Eng.

“Saya fikir kalau berbeza politik pun, kena dengan akhlak politik yang baik. Jangan lakukan character assasination (pembunuhan watak),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Usahawan Negara (MUN) 2023 dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Dataran Merdeka hari ini.

Tidak jelas laporan mana yang dimaksudkan oleh Zahid.

Bagaimanapun Jumaat lalu, portal MalaysiaNow yang memetik laporan China Press melaporkan komen Lim dibuat pada acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong, Pulau Pinang.

Lim mendakwa ucapannya, yang asalnya dibuat dalam bahasa Mandarin, telah diputarbelitkan oleh beberapa portal.

Lim berkata ucapan sebenarnya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu di Kedah yang pernah dirobohkan.

Dia turut melampirkan tangkap layar laporan berita pada tahun 2020 itu.

MalaysiaNow juga melaporkan Lim sebagai berkata bahawa “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” lapor portal berkenaan memetik Lim.

Salah terjemah

China Press telah memberikan penjelasan bahawa portal MalaysiaNow salah menterjemahkan artikel yang memetik kenyataan Lim.

“MalaysiaNow memetik China Press yang mengatakan bahawa Lim mendakwa ‘Gelombang Hijau’ akan memusnahkan tokong Buddha.

“Faktanya, terjemahan laman web itu salah; baik tajuk utama mahupun kandungan berita tidak menyebut tokong Buddha atau tokong Cina,” menurut artikel itu.

Artikel tersebut menyatakan bahawa kenyataan asal Lim mengatakan bahawa ‘Gelombang Hijau’ akan menyebabkan kuil kaum lain dimusnahkan, tetapi selagi Pulau Pinang kekal (tidak ditadbir PN), hak kebebasan beragama akan dipertahankan.

Artikel itu juga menyertakan transkrip “kata demi kata”, di mana Lim dilaporkan berkata “Gelombang Hijau” akan menyebabkan kuil-kuil yang dianggap “merosakkan pemandangan” – terutama kuil Hindu – mungkin akan dirobohkan.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiLaporan Portal BeritaLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

Next Post

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post
Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd