• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Dodgeball: KBS Jumpa Pihak Terlibat Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
15/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kontroversi Dodgeball: KBS Jumpa Pihak Terlibat Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum kontroversi gangguan seksual oleh jurulatih dodgeball melibatkan beberapa murid sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Damansara, Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut telah pun dibuat.

“Kementerian Pendidikan (KPM) turut ambil maklum mengenai situasi ini dan telah masuk (sekolah) untuk menjalankan siasatan. Minggu depan, saya akan berjumpa dengan pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan yang guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku pada 26 Jun lalu.

Menurut laporan terbabit, jurulatih itu telah menanggalkan seluar murid, mencubit puting dada murid lelaki, mengacah mahu menjatuhkan kayu ke atas kemaluan murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang.

Selain itu, pihak sekolah juga telah mendapat aduan daripada ibu bapa mereka ternampak jurulatih tersebut keluar daripada bilik stor bersama anak perempuannya pada 5 Mei lalu dengan alasan memperbetulkan masalah tulang belakang murid berkenaan sebelum soal siasat dilakukan.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (PDM), Datuk Radha Krishnan memaklumkan pihaknya sudah diberitahu oleh sekolah berhubung insiden itu selain mengesahkan sekolah tersebut telah membuat laporan polis terhadap jurulatih yang didakwa bertindak luar kawalan.

Kosmo-

Tags: gangguan seksualjurulatih dodgeballKBS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

17/10/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd